Harian Metro

Tilapia kukus ala Cina

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Restoran Ewa ketengahka­n

lebih 50 pilihan sajian oriental halal

Restoran Ewa Sungai Penchala Kuala Lumpur menawarkan hidangan ikan air tawar iaitu tilapia kukus buat pelanggan menyukai pilihan hidangan lebih sihat. Berbeza dengan hidangan sama disajikan di restoran Siam atau makanan laut, restoran itu menyediaka­n ikan kukus mengikut resipi Cina.

Tidak hairanlah kuah hidangan dipanggil ‘tilapia stim’ itu tampak lebih gelap kerana menampilka­n sos dan kicap terpilih berbanding hidangan sama menggunaka­n resipi Siam mahupun kukus biasa.

Restoran Ewa yang sudah beroperasi lebih lima tahun itu mengetenga­hkan sajian oriental halal dengan lebih 50 pilihan sajian mahupun masakan.

“Sejak dibuka pada 2011, Restoran Ewa menyediaka­n hidangan Cina halal dan menu utama sajian di sini adalah ikan tilapia kukus. Meskipun sajian ikan air tawar kurang digemari kebanyakan orang, sebaik pelanggan merasai keenakan ikan berkenaan menerusi resipi kukus

Ewa, selalunya mereka akan kembali menikmati hidangan berkenaan,” kata pengurusny­a, Nur Diana J.

“Pengunjung mahupun peminat hidangan ikan kukus oriental itu tidak perlu bimbang dengan ikan tilapia kami guna dalam masakan kerana kualiti dipastikan segar. Kualiti ikan tilapia terjaga kerana kami mempunyai kolam khas khusus untuk membekalka­n stok ikan terbaik kepada restoran.

“Ikan talipia dibekalkan mempunyai tekstur pejal dan manis sesuai untuk resipi ikan kukus. Tiada bau kurang menyenangk­an melainkan aroma halia dan bahan lain sesuai dengan sajian ikan berkenaan. Selain itu, ramai juga berkunjung untuk menikmati hidangan lain seperti sotong goreng telur masin, udang mentega dan nasi goreng Cina mahupun yee mi Kanton.

“Waktu tengah hari pula hidangan nasi ayam Ewa menampilka­n ayam goreng rangup dan nasi lengkap bersama sup dan potongan sayur menarik pengunjung dari pejabat sekitar. Setiap hari kami menjual lebih kurang 120 set hidangan dan jumlah itu meningkat apabila terdapat tempahan daripada pelanggan berhampira­n,” katanya.

Kata Diana lagi, restoran berkenaan boleh memuatkan 70 pelanggan dan biasanya sering menjadi pilihan pengunjung sudah berkeluarg­a.

“Pelanggan kami terdiri daripada pelbagai golongan tetapi paling ramai ialah mereka yang datang bersama keluarga dan kenalan. Maklumlah, apabila membabitka­n hidangan Cina, kami bermain dengan saiz hidangan besar sesuai untuk dimakan mereka datang berkumpula­n.

“Tetapi ada juga datang perseorang­an atau kumpulan kecil untuk merasai hidangan ‘ala carte’ seperti yee mi Kanton dan masakan goreng yang lain. Saranan untuk mereka ingin datang dalam kumpulan melebihi 10 orang, sebaiknya buat tempahan agar tempoh penyediaan lebih lancar,” katanya.

Tidak terkecuali minuman popular disajikan di restoran Cina Muslim seperti teh herba untuk minuman panas dan teh bunga krisan atau Chrysanthe­mum menjadi pilihan untuk minuman sejuk.

 ??  ?? NASI ayam goreng rangup mendapat sambutan.
NASI ayam goreng rangup mendapat sambutan.
 ??  ?? PILIHAN menarik menerusi masakan ikan talipia kukus.
PILIHAN menarik menerusi masakan ikan talipia kukus.
 ??  ?? NOR Diana bersama jurumasak yang menyediaka­n hidangan di Restoran Ewa.
NOR Diana bersama jurumasak yang menyediaka­n hidangan di Restoran Ewa.
 ??  ?? PILIHAN hidangan Cina Muslim.
PILIHAN hidangan Cina Muslim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia