Harian Metro

Tuah resipi ibu, mentua

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Haslinda bermula dengan hidangan untuk 300 tetamu kini mampu kendali

dua majlis besar dalam satu masa

dijemput untuk memasak dalam kenduri kecil-kecilan kerana memiliki kemahiran tinggi dalam penyediaan masakan tradisi kampung mendorong wanita ini memulakan perniagaan katering sendiri lapan tahun lalu.

Haslinda Manan, 39, berkata, dia mewarisi bakat memasak daripada ibunya, Siti Rahimah Shafie, 60, yang pernah menjual nasi lemak di tepi jalan, manakala dua ibu saudaranya juga terbabit dalam perniagaan makanan.

“Daripada mereka saya didedahkan dengan aktiviti memasak dan perniagaan makanan. Namun, pembabitan saya secara serius dalam bidang ini bermula selepas kerap dipanggil untuk memasak dalam kenduri oleh saudaramar­a dan rakan.

“Setiap kali dipanggil memasak saya menggunaka­n resipi keluarga dan ramai memuji keenakan makanan itu. Lamakelama­an saya mula mendapat tempahan makanan untuk pelbagai jamuan dan majlis oleh orang ramai,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, dia bersama suami, Zulkhirwan Ismail,

41, mengasaska­n perkhidmat­an katering dinamakan Zara Rafelda Catering & Event dengan modal RM10,000 selepas mendapat banyak permintaan.

“Tugasan pertama apabila diminta menyediaka­n hidangan untuk 300 tetamu dalam satu majlis perkahwina­n. Ketika itu, banyak kelengkapa­n tidak cukup dan terpaksa menebal muka meminjam perkakas memasak termasuk pinggan mangkuk daripada saudara-mara dan rakan.

“Saya bernasib baik kerana keluarga banyak membantu terutama dalam penyediaan makanan. Malah, saya juga dibantu ibu mentua, Munani Hamzah, 60, yang turut memiliki kebolehan memasak.

“Dengan memasak sendiri, operasi perniagaan berjalan lebih lancar kerana tidak bergantung kepada orang lain untuk memasak, di samping tidak timbul isu tukang masak berhenti kerja atau tidak komited terhadap tugas mengetuai dapur,” katanya.

Perkhidmat­an katering itu kemudian dikembangk­an lagi dengan penyediaan perkhidmat­an perancang perkahwina­n dan percetakan kad serta kain pemidang. Kini, Haslinda berbangga dengan pencapaian­nya dalam perkhidmat­an katering apabila mampu mengendali dua majlis besar pada satu-satu masa dengan kapasiti 2,000 tetamu.

Dia turut menyediaka­n pakej lengkap termasuk laman perkahwina­n di Kota Bayu Emas (Klang), Impian Golf & Country Club (Kajang) dan Dewan Ijab Qabul Pulau Warisan (Pulau Carey) bagi pelanggan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

 ??  ?? HASLINDA bersama keluarga yang menjadi tulang belakang perniagaan­nya.
HASLINDA bersama keluarga yang menjadi tulang belakang perniagaan­nya.
 ??  ?? DARI kanan Haslinda, Rahimah, Munani dan Zulkhirwan yang berkeboleh­an memasak untuk jamuan.
DARI kanan Haslinda, Rahimah, Munani dan Zulkhirwan yang berkeboleh­an memasak untuk jamuan.
 ??  ?? DAGING masak hitam antara resipi keluarga
yang mendapat permintaan ramai.
DAGING masak hitam antara resipi keluarga yang mendapat permintaan ramai.
 ??  ?? HASLINDA mengasaska­n perkhidmat­an
katering selepas kerap
dipanggil memasak.
HASLINDA mengasaska­n perkhidmat­an katering selepas kerap dipanggil memasak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia