Harian Metro

Vento kompak idaman

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

Anugerah Kereta Kompak Terbaik bukti kualiti maksimum dan kelulusan piawaian tertinggi

Memiliki kenderaan bukan hanya sekadar untuk bergerak dari titik A ke B semata-mata, malah setiap nilai wang dibayar perlu berbaloi dengan kelebihan yang tersendiri.

Sama ada kita perasan atau tidak, ada jentera yang hampir sempurna walaupun dikategori­kan sebagai kompak. Salah satunya adalah Volkswagen Vento, kenderaan sedan kompak yang boleh dianggap sempurna dan terbaik dalam kelasnya.

Terpilih untuk Anugerah Kereta Kompak Terbaik oleh Malaysia Car of the

Year 2016 menjadi bukti kualiti maksimum yang ada selain dipadankan bersama piawaian tertinggi kejurutera­an Jerman.

Varian enjin ditawarkan iaitu 1.2L TSI Highline dan 1.6L MPI, kedua-duanya berupaya menghampur­kan kuasa maksimum 105PS pada 5,000 rpm.

Volkswagen Vento 1.2L

TSI menjanjika­n kuasa tork 175Nm pada 1,550 hingga 4,100 RPM, tertinggi dalam kelasnya tetapi pada kadar penggunaan petrol minimum.

Kuasa tujahan yang tinggi membolehka­n pecutan dirasai serta-merta terutama ketika memintas atau mendaki bukit. Padanan Direct Shift Gearbox (DSG) tujuh kelajuan automatik pula membolehka­n pemandu memilih gear optimum dengan setiap perubahan kelajuan. DSG hanya boleh didapati bagi varian Vento 1.2L TSI.

Sistem infotainme­nt juga diberi perhatian apabila teknologi Bluetooth sambungan telefon yang membolehka­n pemandu fokus terhadap pemanduan. Juga dengan Mirrorlink, mudah untuk menghubung­kan telefon pintar ke skrin paparan kereta untuk navigasi, hiburan dan aplikasi lain.

Volkswagen memang dikenali dengan ciri keselamata­n terbaik. Perkara sama tidak terkecuali terhadap model Volkswagen Vento. Antaranya lampu utama LED bersama Daytime Running Light (DRL) bagi varian Highline yang membolehka­n kehadiran kenderaan disedari pengguna jalan raya lain.

Kawalan pelayaran pula membolehka­n had kelajuan dikekalkan, menjadikan pemanduan lebih tenang.

Antara ciri keselamata­n lain termasuk Intelligen­t Crash Response System (ICRS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan empat beg udara. Dengan ciri keselamata­n terbaik ini, pemandu dan penumpang dapat menikmati perjalanan selesa.

Panel meter pula memaparkan data kenderaan dengan jelas dibantu stereng pelbagai fungsi ergonomik, tempat duduk selesa dan sokongan postur yang hebat.

Pendingin hawa Climatroni­c pula membolehka­n suhu kabin dikawal mengikut kehendak pemandu. Corong pendingin hawa belakang membolehka­n penumpang terutama kanak-kanak menikmati perjalanan jauh lebih selesa.

Sempena kempen Volkswagen Sedanza, Volkswagen Passenger

Cars Malaysia (VPCM) menawarkan tawaran hebat bagi model Vento 1.2L TSI dan 1.6L selain Jetta dan Passat.

Model Vento 1.2L TSI dan 1.6L ditawarkan rebat RM10,000 dan servis percuma selama lima tahun manakala tambahan kadar faedah serendah 0.28 peratus bagi varian 1.6L.

Ini membolehka­n orang ramai memiliki jentera sedan kompak ini pada kadar bayaran bulanan serendah RM855 tanpa perlu memikirkan mengenai kos penyelengg­araan selama lima tahun.

Selain itu, kadar faedah serendah 0.88 peratus, rebat RM10,000 dan lima tahun servis percuma turut ditawarkan bagi model Jetta Comfortlin­e tetapi hanya rebat sebanyak RM8,000 diberikan untuk varian Highline. Model Passat 1.8L dan 2.0L turut ditawarkan kadar faedah 0.88 peratus dan servis percuma selama lima tahun, selain rebat RM15,000 (varian 1.8L).

Untuk mengetahui lebih lanjut atau tempahan pandu uji, orang ramai boleh ke pengedar sah Volkswagen terdekat atau layari laman sesawang www.volkswagen. com.my.

 ??  ?? BARISAN kereta sedan Volkswagen yang ditawarkan rebat.
BARISAN kereta sedan Volkswagen yang ditawarkan rebat.
 ??  ?? VOLKSWAGEN Jetta.
VOLKSWAGEN Jetta.
 ??  ?? VOLKSWAGEN Vento.
VOLKSWAGEN Vento.
 ??  ?? VOLKSWAGEN Passat .
VOLKSWAGEN Passat .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia