Harian Metro

Udara lebih bersih

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Udara segar dan bersih dalam kenderaan bukan sahaja memberikan kesihatan lebih baik malah menjadikan perjalanan lebih selamat dan selesa terutama jika terperangk­ap dalam kesesakan jalan raya.

Mengikut kajian, udara dalam kereta 15 kali ganda lebih tercemar daripada luar terutama daripada penuras penyaman udara, ekzos, kemasan dalaman serta sikap individu seperti asap rokok dan sisa makanan yang ditinggalk­an dalam kenderaan.

Untuk itu satu peranti dihasilkan iaitu Atmosphere Drive bertindak sebagai sistem rawatan udara kereta yang pertama diperkenal­kan oleh Amway yang juga jenama nombor satu dunia sistem rawatan udara kediaman.

Ia dilengkapi penurasan tiga dalam satu yang menyingkir­kan zarah besar seperti habuk dan rambut untuk peringkat satu prapenuras, menapis zarah sekecil 0.015 mikron seperti bakteria, kulat, debunga dan hama ketika peringkat dua penuras zarah dan menghalang gas berbahaya seperti formaldehi­d pada peringkat tiga bagi penuras bau karbon diaktifkan.

Antara ciri utama ialah menggunaka­n kuasa output 12V DC daripada output penyala rokok dalam kenderaan dan akan tertutup secara automatik selepas dua jam dengan jangka hayat penapis udara ialah 350 jam dengan lampu penunjuk jika tiba waktu untuk ditukar.

Ia juga tahan haba dan sejuk daripada -20 hingga 70 darjah Celsius dengan

Amway perkenal Atmosphere Drive untuk kenderaan

kali pertama dilakukan manakala baju rasmi adalah kali ketiga dengan rekaan baru diperkenal­kan untuk digayakan ahli.

“Perubahan ini perlu bagi memberi imej dan semangat lebih tinggi dalam kalangan ahli dengan pelbagai program yang dianjurkan dalam memberi manfaat kepada kelab MAOC sendiri,” katanya.

Transforma­si itu juga dilakukan seiring dengan tuntutan semasa serta Kadar Penghantar­an Udara Bersih (CADR) berkelajua­n tinggi sesuai untuk semua jenis kereta termasuk sedan dan kenderaan utliti sukan (SUV).

Ketua Pemasaran Amway Malaysia, Leong Kok Fong berkata, produk itu mendapat penarafan daripada British Alergy Foundation, sebuah pertubuhan amal yang bekerjasam­a dengan pengeluar di seluruh dunia dalam menguji dan mempromosi­kan produk atau alatan yang bermanfaat untuk pesakit yang mengalami alahan.

“Sistem Atmosphere Drive memberikan ketenangan minda kepada pengguna terutama untuk seisi keluarga apabila mengetahui mereka menghirup udara bersih di dalam kenderaan,” katanya ketika pelancaran.

Produk itu hanya dijual melalui pemilik perniagaan Amway di seluruh negara bermula 15 November 2017 dengan harga RM1,887.50 dan setahun waranti ia sesuai untuk keluarga yang mempunyai bayi kecil sehingga kanak-kanak berusia lima tahun.

 ??  ?? LEONG (kanan) melancarka­n produk penuras penyaman udara.
LEONG (kanan) melancarka­n produk penuras penyaman udara.
 ??  ?? PERANTI Atmosphere Drive.
PERANTI Atmosphere Drive.
 ??  ?? SESUAI diletakkan di konsul tengah kenderaan.
SESUAI diletakkan di konsul tengah kenderaan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia