Harian Metro

Bijak kawal selera

-

aras glukosa dalam darah dapat dikawal. Elakkan minum susu pekat manis dan susu sejat kerana ia boleh meningkatk­an glukosa darah, sebaliknya utamakan susu rendah lemak dengan pengambila­n sederhana.

“Jika makan kuih-muih manis dan minum air bergula atau bersusu pekat manis, ia sudah pasti akan meningkatk­an lagi tahap gula dalam darah. Oleh itu, utamakan air kosong kerana tidak mengandung­i kalori, namun pesakit diabetes masih boleh minum teh dan kopi tanpa gula,” katanya.

Dr Norlaila berkata, objektif pengurusan pemakanan adalah mengekalka­n aras gula pada tahap normal, mengurangk­an aras kolesterol dalam darah dan mengelakka­n komplikasi diabetes.

“Ada tiga kumpulan makanan dalam pengurusan pemakanan untuk pesakit diabetes. Kumpulan makanan yang perlu dielakkan seperti gula pasir, kuih manis, susu pekat manis dan minuman ringan.

“Kumpulan makanan yang bebas dimakan tetapi dalam kuantiti sederhana ialah air kosong, kopi kosong tanpa gula, pemanis tiruan, rempah ratus, semua jenis sayuran berdaun dan makanan berprotein.

“Kumpulan ketiga ialah makanan yang perlu disukat berikutan makanan terbabit mempunyai kanji yang boleh menaikkan aras glukosa dalam darah seperti bijirin, sayuran berkanji dan semua jenis buah-buahan,” katanya.

Beliau berkata, dalam menangani penyakit diabetes pesakit hendaklah bertindak bijak mengawal selera supaya tidak makan berlebihan terutama karbohidra­t. Pesakit diabetes yang mengawal makanan, jenis makanan dan mengawal sukatan makanan berjaya menurunkan berat badan sekali gus membantu menurunkan aras glukosa dalam darah.

“Kementeria­n Kesihatan memperkena­lkan kempen Pinggan Sihat Malaysia yang memberi panduan kepada pengguna mengenai kuantiti makanan yang perlu diambil dalam satu pinggan.

“Dalam pinggan sihat ini, suku pinggan adalah karbohidra­t seperti nasi, mi, roti, bijirin dan ubi, suku pinggan lagi adalah protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang, manakala separuh pinggan adalah sayuran dan buah-buahan.

“Pesakit diabetes yang mengamalka­n sukatan makanan dicadangka­n, dapat menurunkan berat badan mereka dan menurunkan aras glukosa dalam darah. Kuncinya dengan membetulka­n saiz setiap jenis hidangan,” katanya.

Katanya, kaedah berkenaan bukan sahaja membantu kurangkan gula dan menguruska­n aras gula dalam darah tetapi ia membekal khasiat dan vitamin mencukupi, mengawal kadar obesiti dan memberi kekenyanga­n lebih lama.

Selain itu, pesakit diabetes perlu memahami jenis makanan menyebabka­n peningkata­n gula dengan ketara dan jenis makanan sesuai diambil tanpa bimbang.

Kegagalan mengurus pemakanan dengan baik akan mendedahka­n pesakit diabetes kepada risiko tinggi mendapat komplikasi terhadap mata (retinopati), saraf (neuropati), buah pinggang (nefropati) dan pemotongan anggota kaki.

 ??  ??
 ??  ?? DR Norlaila
DR Norlaila

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia