Harian Metro

HULUR BANTUAN

- Mohd Nazllie Zainul hmkk@hmetro.com.my

Dua ratus keluarga mangsa banjir di daerah ini menerima bantuan barangan keperluan dan makanan bernilai RM40,000 menerusi Tabung Bencana New Straits Times Press (NSTP) Berhad-Media Prima, semalam.

Sumbangan disampaika­n Staf Koresponde­n News Straits Times (NST) Sabah Kristy Inus bersama sembilan Briged Sukarelawa­n Media Prima-NSTP kepada Penolong Pegawai Daerah (Pentadbira­n) Peter Jiton.

Briged Sukarelawa­n Media Prima-NSTP turut melakukan gotong-royong di Kampung Sembirai dan Kampung Linau bersama 200 sukarelawa­n pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kota Belud, Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Kudat.

Kristy berkata, sumbangan itu hasil kutipan Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang disalurkan untuk misi bantuan banjir di Kota Belud.

“Kami bekerjasam­a dengan Pasaraya Giant bagi menjayakan misi bantuan ini,” katanya.

Sementara itu, Peter berkata, pihaknya berterima kasih kepada Media Prima atas sumbangan yang diberikan kepada mangsa banjir di daerah ini.

“Kami akan memilih lima kampung di Kota Belud yang sudah didaftarka­n sebelum memaklumka­n kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) untuk menerima bantuan,” katanya.

Terdahulu, lebih 2,000 penduduk daripada 26 kampung di Kota Belud terjejas akibat banjir pertengaha­n bulan ini.

 Tabung Bencana NSTP Berhad-Media Prima

sumbang barangan keperluan, makanan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia