Harian Metro

RATU CANTIK HANDAL KARATE

- Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

Siapa sangka, di sebalik wajah jelita dan tutur kata lembut seorang ratu cantik, dia sebenarnya adalah jurulatih karate di sebuah kolej swasta.

Bagi Ikon Metro kali ini yang juga pemenang

Miss Grand Malaysia

2017, Sanjeda John, seni mempertaha­nkan diri itu turut membantu dirinya untuk menjaga penampilan diri sebagai model.

Ketika artikel ini ditulis, Sanjeda masih berada di Vietnam bagi mewakili negara dalam Miss Grand Internatio­nal 2017, sejak 5 Oktober lalu.

Ia adalah pertanding­an ratu cantik kelima terbesar dunia.

Menurut gadis kacukan Dusun dan India berasal dari Telipok, dekat Tuaran ini, setiap individu harus melaksanak­an tugas dan kerja dengan bersungguh­sungguh jika mahu cemerlang dalam hidup.

”Tidak dinafikan, ramai menyangka kerjaya model ini beruntung kerana mempunyai masa terluang dan hanya bergantung pada paras rupa serta bentuk badan ideal tanpa mengambil kira perkara lain.

”Tanggapan itu salah. Sebenarnya...setiap individu perlu berusaha bersungguh­sungguh bagi memastikan kejayaan dalam setiap bidang diceburi.

“Bagaimanap­un, saya bertuah kerana kerjaya sebagai jurulatih karate membantu saya mendapatka­n berat badan ideal, sekali gus memudahkan saya menjaga bentuk badan terutama dalam menceburi pertanding­an ratu cantik,” katanya, baru-baru ini.

Berkongsi kenangan manis ketika dinobatkan sebagai Miss Grand Malaysia 2017 baru-baru ini, Sanjeda berkata, penyertaan dalam pertanding­an ratu cantik memerlukan kemahiran, kebijaksan­aan dan disiplin yang tinggi.

“Peserta perlu sentiasa memberi sepenuh perhatian dan memiliki keyakinan untuk berinterak­si, di samping bijak dalam menjawab soalan,” katanya.

Sementara itu, ditanya rutinnya sebagai model, Sanjeda berkata, dia perlu sentiasa menjaga penampilan dalam meyakinkan pihak tertentu terutama agensi pengiklana­n.

Katanya, disiplin juga menentukan sama ada seseorang boleh pergi jauh dalam bidang ini.

“Selain menepati masa dengan tiba awal di lokasi penggambar­an, seseorang model perlu bijak menyesuaik­an diri dengan arahan dan taklimat yang dimahukan oleh pelanggan, syarikat mahupun jurugambar.

“Masa temu janji dan tugasan harus ditepati kerana itu penting jika tidak mahu syarikat terbabit mengalami masalah. Jika tidak menepati masa, ia boleh menyebabka­n kita mendapat nama buruk,” katanya.

Menurut anak keempat daripada lima beradik ini, dia bernasib baik kerana minatnya dalam seni mempertaha­nkan diri dan peragaan mendapat sokongan penuh daripada keluarga.

“Saya juga berhasrat untuk menyambung pengajian dalam peringkat lebih tinggi iaitu ijazah sarjana muda bidang perubatan selepas selesai Miss Grand Internatio­nal di Vietnam,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia