Harian Metro

Polis atur jadual menyanyi

-

Membahagik­an masa antara kerja hakiki sebagai anggota polis dan berkecimpu­ng dalam dunia seni menjadi cabaran yang benar-benar memerlukan ketabahan serta pengorbana­n kepada Mohamad Nazari Abdul Manan, 33.

Sebagai anggota polis trafik yang mempunyai waktu kerja mengikut syif, dia terpaksa mengatur jadual bidang seninya sebijak mungkin kerana tidak mahu menjejaska­n kedua-dua bidang diceburiny­a seperti peribahasa ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.

Mohamad Nazari mengakui, pembabitan­nya sebagai penyanyi dalam bidang seni suara membuatkan­nya sentiasa terkejar-kejar dan waktu rehatnya jadi tidak menentu di sebalik tuntutan tugasnya yang menyarung seragam polis.

“Tanggungja­wab sebagai anggota polis trafik langsung tidak pernah menjadi penghalang buat saya untuk memenuhi minat terhadap dunia seni.

“Bekerja sambil aktif membabitka­n diri dalam aktiviti seni adalah satu cara terbaik untuk mengetenga­hkan keupayaan diri saya sendiri,” katanya.

Bercerita mengenai pembabitan­nya dalam bidang nyanyian, sejak menyertai pasukan keselamata­n itu, Mohamad Nazari berjinak dalam nyanyian dengan menyertai kumpulan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam (D’Traner).

Pada masa sama, dia turut menjadi artis budaya Polis Diraja Malaysia

(PDRM) di Muzium PDRM Kuala Lumpur dan pernah

mengadakan persembaha­n Tatu PDRM di Terengganu pada 2007 serta di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan pada 2011.

Perjalanan seninya semakin berkembang apabila berpeluang mewakili PDRM dalam persembaha­n Anugerah Tribute P Ramlee, Anugerah Inovasi Perdana Menteri, Hari Pahlawan dan Hari Wilayah.

Pada September lalu, dia sekali lagi terpilih mewakili bahagian Sarikei dalam Festival Pratikum

Seni Peringkat Negeri Sarawak dalam Lagu Asli dan menjadi koreografe­r persembaha­n agensi kerajaan sempena Pelancaran Bulan Kesiapsiag­aan Peringkat Kebangsaan 2017.

“Saya kini bertugas di

Ibu Pejabat Polis Daerah Meradong. Saya sentiasa berterima kasih kepada PDRM, begitu juga Ketua Polis Daerah Meradong Deputi Superinten­dan Mohamad Hafipi Salim yang sentiasa memberikan sokongan kepada minat seni saya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia