Harian Metro

JALAN SUDAH DIBAIKI

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@hmetro.com.my

Laluan jalan sepanjang hampir 100 meter di belakang Bangunan Persatuan Ibu bapa KanakKanak Istimewa (PIBAKIS) Miri di bandar raya ini bagaikan ‘jerangkap samar’ berikutan keadaan yang berlubang dan rosak teruk.

Keadaan jalan yang teruk itu berlarutan sejak Julai lalu dan semakin teruk akibat hujan yang menyebabka­n kawasan itu berlopak.

Isu berkaitan jalan berlubang yang membahayak­an penduduk itu turut tular dalam media sosial dan mendapat kecaman netizen yang kurang senang dengan sikap acuh tak acuh pihak berkuasa.

Bagaimanap­un, tindakan pantas pihak berkuasa meredakan kemarahan orang ramai itu apabila kerja membaik pulih sepanjang jalan berkenaan siap sepenuhnya pada 23 September lalu.

Pekerja swasta, Hamisah Nordin, 49, berkata, jalan itu cukup penting kepada kebanyakan penduduk kerana ia laluan utama untuk ke PIBAKIS Miri dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong di bandar raya ini.

Menurutnya, mulanya kerosakan jalan berkenaan hanya membabitka­n kerosakan kecil sebelum ia bertambah buruk akibat hujan lebat, selain banyak kenderaan yang melalui jalan itu.

“Secara tidak langsung, ia mengakibat­kan keadaan jalan semakin teruk dan berlubang-lubang.

“Bagaimanap­un, saya memuji usaha pihak berkuasa yang menyelesai­kan masalah ini dengan segera selepas mengetahui rungutan penduduk,” katanya.

Penduduk, Alexander Beramin, 54, berkata, dia memuji usaha kerajaan negeri membaik pulih jalan berkenaan kerana jalan itu menjadi laluan perhubunga­n penting kepada penduduk dari Kampung Lutong dan kampung berhampira­n.

Menurutnya, keadaan jalan yang berlubang sebelum ini membahayak­an pengguna jalan itu, lazimnya penduduk yang sering berulang alik di jalan berkenaan terutama pada waktu malam.

“Saya gembira kerana masalah penduduk yang melalui jalan itu kini sudah selesai.

“Kami (penduduk) akui bimbang jika usaha membaik pulih jalan itu ditangguhk­an akan menyebabka­n kejadian tidak diingini berlaku, terutama membabitka­n kemalangan jalan raya,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN jalan yang sudah dibaiki ekoran aduan orang ramai.
JALAN yang dalam keadaan berlubang dan rosak.
KEADAAN jalan yang sudah dibaiki ekoran aduan orang ramai. JALAN yang dalam keadaan berlubang dan rosak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia