Harian Metro

ISTERI HARITH ISKANDER CIPTA REKOD

Isteri Harith Iskander wanita pertama terima PhD dalam Kejurutera­an Tisu

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

Bangi

“Kejayaan ini adalah hasil dorongan pensyarah dan suami. Saya rasa tanpa mereka mungkin susah untuk saya capai apa yang saya ada hari ini.”

Demikian kata Dr Jezzamine Lim isteri kepada pelakon, pelawak dan pengacara tersohor, Harith Iskander yang mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Kejurutera­an Tisu sempena Majlis Konvokesye­n Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-45, di sini, semalam.

Berdasarka­n rekod UKM, Jezzamine adalah wanita pertama yang berjaya mendapat PhD dalam bidang berkenaan.

Jezzamine berkata, kejayaanny­a adalah inspirasi keluarga kerana untuk menamatkan pengajian di dalam bidang berkenaan bukan perkara mudah.

“Menamatkan pengajian dalam satu bidang khusus seperti ini bukan perkara mudah, namun inspirasi keluarga dan dorongan suami banyak membantu.

“Saya juga ada dua pensyarah penyelia yang begitu baik dan sentiasa memberi tunjuk ajar tatkala berdepan dengan masalah terutamany­a dalam penulisan akademik,” katanya.

Wanita itu turut ditemani suaminya, Harith dan ahli keluarga lain yang meraikan kejayaan bersejarah berkenaan.

Bagi penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Abdul Aziz Ramlee Sau yang menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian cemerlang dalam bidang Bioteknolo­gi Tumbuhan turut berkongsi rasa gembira.

Abdul Aziz yang juga penuntut Fakulti Sains dan Teknologi berkata, anugerah itu adalah pencapaian paling tinggi buatnya dalam akademik serta kokurikulu­m.

“Untuk mendapat anugerah ini, saya akui bukan mudah kerana bidang akademik, kokurikulu­m termasuk pembabitan di peringkat antarabang­sa diambil kira.

“Saya perlu seimbang dalam ketiga-tiga aspek berkenaan. Pembahagia­n masa sangat penting kerana kita tidak boleh cemerlang dalam satu aspek, tetapi aspek lain kita ketinggala­n,” katanya ketika ditemui.

 ??  ??
 ??  ?? DR Jezzamine bersama Harith di Majlis
Konvokesye­n Universiti Kebangsaan Malaysia ke-45 di Dewan Canselor Tun
Abdul Razak, Bangi.
DR Jezzamine bersama Harith di Majlis Konvokesye­n Universiti Kebangsaan Malaysia ke-45 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia