Harian Metro

9 KORBAN LORI AIS

Van dinaiki lapan pekerja ladang bertembung lori ais Sembilan termasuk pemandu maut di tempat kejadian

- Wan Asrudi Wan Hasan dan Farah Suhaidah Othman am@hmetro.com.my

Tapah

“Kami sekeluarga sangat sedih apabila mengetahui van yang dipandu anak lelaki (Lew San Jau, 32) terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori sehingga menyebabka­n penumpang di dalam van maut,” kata Lew Di Lia, 66.

Di Lia adalah bapa kepada San Jau, seorang daripada sembilan mangsa yang maut dalam kemalangan membabitka­n sebuah lori ais dengan van di Kilometer 45, Jalan Ipoh-Teluk Intan, Mambang Di Awan, dekat sini, pada jam 6.40 pagi, semalam.

Menurutnya, anak kedua daripada tiga beradik itu akan keluar bekerja untuk mengambil pekerja pada jam 5.30 pagi setiap hari.

“Saya dapat tahu berita ini pada jam 7.30 pagi. Sedih apabila dapat tahu berita itu kerana ketiga-tiga anak saya lelaki dan semua mereka sangat menghormat­i serta mendengar kata orang tua,” katanya.

Anak seorang mangsa yang maut dalam kemalangan itu dikenali sebagai Madam Leong, 58, berkata, dia pernah menasihatk­an ibunya, Liew Siew Fah, 81, supaya berhenti kerja kerana faktor usia.

Katanya, setiap pagi ibunya akan menunggu van berkenaan di Pasar Awam Ayer Kuning pada jam 6.30 pagi untuk ke tempat kerja di sebuah ladang sengkuang di Malim Nawar, Kampar.

“Saya sudah pesan pada emak jangan kerja, tetapi dia berdegil.

“Emak beritahu kalau dia tidak kerja, dia boleh jadi gila, lebih baik dia keluar bekerja untuk mendapatka­n duit dan tidak menyusahka­n orang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua

Polis Daerah Tapah Superinten­dan Som Sak

Din Keliaw berkata, kemalangan berlaku jam

6.40 pagi ketika van yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Ayer Kuning menghala ke Mambang Di Awan.

Katanya, sembilan mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Lori yang membawa muatan ais dari arah Mambang Di Awan menghala ke Ayer Kuning dipercayai dipandu laju oleh pemandu berusia 22 tahun.

“Siasatan awal mendapati lori berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan van dari arah bertentang­an,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Tapah, di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa maut dibawa ke Hospital Tapah manakala pemandu lori ais yang parah dikejarkan ke Hospital Kampar sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk rawatan lanjut.

Som Sak berkata, berikutan kemalangan itu kedua-dua kenderaan yang terbabit remuk di bahagian depan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap Jabatan

Bomba dan Penyelamat negeri berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Tapah menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 6.42 pagi lalu segera ke lokasi dan menjalanka­n operasi menyelamat.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati beberapa mangsa tersepit di ruang tempat duduk van dan pemandu lori ais turut tersepit sebelum berjaya dikeluarka­n dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 ??  ??
 ??  ?? AHLI keluarga mangsa gagal mengawal emosi di tempat kejadian.
AHLI keluarga mangsa gagal mengawal emosi di tempat kejadian.
 ??  ?? KEADAAN lori ais yang bertembung van menyebabka­n sembilan maut akibat cedera parah di kepala, semalam.
KEADAAN lori ais yang bertembung van menyebabka­n sembilan maut akibat cedera parah di kepala, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia