Harian Metro

AJAL BATU PENGASAH

Seorang budak perempuan terbunuh selepas dada kirinya tertusuk serpihan batu pengasah mata pisau mesin rumput yang terpelanti­ng. Kejadian berlaku ketika ayah mangsa, Nur Aliya Syifa Murad, 5, sedang mengasah mesin rumput di luar rumah mereka, lapor Muhaam

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Ibu dan ayahnya pengsan beberapa kali selepas mengetahui anak bongsu mereka, Nur Aliya Syifa Murad, 5, yang comel dan keletah disahkan meninggal dunia selepas dadanya tertusuk serpihan batu pengasah mata pisau mesin rumput di rumah mereka.

Kejadian itu berlaku sekelip mata ketika ayah kanak-kanak berkenaan, Murad, 40-an, yang bekerja sebagai mekanik sedang mengasah mesin rumput di luar rumah mereka di Kampung Tanjung Besar, Kubang Rotan, kelmarin.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, Nur Aliya pada awalnya dikatakan berada di dalam rumah dan tiba-tiba saja keluar rumah dan rebah apabila terkena serpihan batu pengasah itu yang diasah ayahnya menggunaka­n mesin khas.

Murad ketika ditemui di rumahnya semalam berkata, kejadian itu berlaku terlalu pantas kerana dia sendiri tidak sedar bila anak bongsu daripada tiga beradik itu keluar dari rumah sehingga terkena serpihan batu itu di dada kiri.

“Pada mulanya serpihan batu itu terkena kereta sebelum terpelanti­ng lagi sekali dan tertusuk dada kiri anak. Saya tidak sedar pada waktu bila dia berada di luar rumah.

“Saya lihat anak sudah berlumuran darah, saya terus mengangkat dan membawanya ke Klinik 1Malaysia sebelum dia dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) tetapi nyawanya tidak panjang,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, dia, isteri dan dua lagi anak lelaki berusia 18 dan 12 tahun akan merindui keletah anak perempuan tunggalnya itu.

“Anak saya seorang yang periang namun tidak pula menunjukka­n perubahan pelik dan berperanga­i seperti biasa.

“Arwah sebelum ini belajar di Tadika Kampung Batin dan jenazah selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar pada jam 11 pagi ini (semalam),” katanya yang masih trauma dengan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahka­n kejadian terbabit dan kes diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut.

Menurutnya, kejadian itu berlaku apabila bapa mangsa sedang mengasah mata pisau mesin rumput sebelum tiba-tiba batu pengasah itu pecah dan terpelanti­ng sehingga terkena mangsa.

 ??  ??
 ??  ?? MURAD (kanan) menceritak­an kejadian menimpa anaknya Nur Aliya Syifa
(gambar kecil) yang meninggal dunia akibat terkena serpihan pengasah mata mesin rumput.
MURAD (kanan) menceritak­an kejadian menimpa anaknya Nur Aliya Syifa (gambar kecil) yang meninggal dunia akibat terkena serpihan pengasah mata mesin rumput.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia