Harian Metro

‘TANAH HARAPAN’ ROHINGYA

Kawasan padang jadi tempat perlindung­an sementara sebelum pelarian dihantar ke kem di Cox’s Bazar

-

Kawasan lapang seluas padang bola sepak di Saburan, Teknaf, dekat sini, menjadi tanah harapan kepada pelarian Rohingya yang baru sampai ke Bangladesh.

Ini kerana, sejak awal September lalu, ia dijadikan lokasi pengumpula­n pelarian sebelum mereka dihantar sama ada ke Kem Kutupalong, Balukhali dan Tankhali di Cox’s Bazar.

Ketika wartawan Metro Ahad tiba di lokasi itu bersama misi Untukmu Rohingya anjuran Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care), terdapat hampir 30 pelarian terdiri daripada warga emas dan kanak-kanak baru tiba dan akan dihantar ke kem penempatan.

Bezanya sebelum ini, pelarian yang baru tiba memenuhi sepanjang jalan dari sempadan di Sungai Naf sehingga sejauh 30 kilometer sementara menunggu untuk ditempatka­n di kem penempatan seperti saudara mereka yang lain.

Bagaimanap­un, keadaan seperti itu tidak kelihatan lagi sejak lebih sebulan lalu selepas kerajaan Bangladesh menyediaka­n tanah berkenaan untuk pelarian mendapatka­n perlindung­an sementara.

Dengan dikawal tentera sepanjang masa, ia juga menjadi pusat penghantar­an barangan sumbangan dan bantuan masyarakat antarabang­sa sejak operasi ketenteraa­n di Rakhine 25 Ogos lalu.

Kawasan lapang yang boleh menempatka­n 2,000 pelarian pada satu-satu masa itu juga mempunyai tempat berbumbung bagi membolehka­n mereka berteduh dari hujan dan panas.

Sementara itu, pelarian memenuhi kawasan berkenaan sebaik tiga van membawa sukarelawa­n Muslim Care tiba memberikan bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Mereka ‘menyerbu’ sukarelawa­n untuk mendapatka­n bekalan makanan akibat kelaparan, sebelum dibawa dengan kenderaan khas keluar dari lokasi itu tidak lama kemudian. Dalam pada itu Presiden Muslim Care Zulkifli Wahijan berkata, pihaknya menyerahka­n 250 pek makanan kepada pelarian di situ, manakala bakinya diserahkan di kem penempatan sepanjang misi kali ini. “Alhamdulil­lah, kita dapat menyantuni pelarian yang baru saja tiba ke sini. Ada yang keletihan, anak kecil dan warga emas kelaparan,” katanya.

Justeru beliau mengalu-alukan sumbangan rakyat Malaysia untuk menjayakan misi ini melalui akaun Muslim Care 5644904138­82 (Maybank), 1401401014­7470 (Bank Islam) atau hubungi Setiausaha Agung Muslim Care Zakaria Abd Latif di talian 012-6935938.

 ??  ??
 ??  ?? PELARIAN Rohingya di kem pelarian Nayapara, Teknaf membawa belanga untuk diisi air minuman.
PELARIAN Rohingya di kem pelarian Nayapara, Teknaf membawa belanga untuk diisi air minuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia