Harian Metro

Lakukan dua pembedahan

-

kemanusiaa­n Untukmu Rohingya anjuran Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care)di kem Tankhali di sini, mencatatka­n sejarah tersendiri apabila berjaya menjalanka­n dua pembedahan kecil ke atas pelarian Rohingya.

Klinik berkenaan dikendalik­an lima doktor iaitu Pakar Bedah Jantung dan Paru-Paru, Unit Kardiotora­sik Pusat Jantung dan Paru-Paru Hospital Canselor Tuanku Muhriz Dr Muhammad Ishamuddin Ismail, Pakar Bedah Paediatrik Pusat Perubatan Prince Court Dr Syariz Sehat, Pakar Bius Hospital Colombia Asia, Setapak Dr Hasbe Zuraina Abu Bakar, Pakar ICU Kanak-Kanak Hospital Selayang Dr Anis Siham Zainal Abidin dan Pegawai Perubatan UD44 Klinik Kesihatan Merlimau, Melaka Dr Muhamad Akmal Saleh.

Pembedahan itu termasuk membuang cairan pada mata warga emas dan mengeluark­an serpihan peluru pada lengan remaja.

Presiden Muslim Care Zulkifli Wahijan berkata, ini kali pertama pihaknya menyusun atur klinik bergerak yang lengkap dengan peralatan yang membolehka­n pembedahan kecil dilakukan.

Katanya, lebih 400 pelarian melakukan pemeriksaa­n kesihatan di kem yang baru dibuka itu dengan sebahagian kanak-kanak diberi ubat cacing dan demam.

“Alhamdulil­lah, setakat ini kita dapat menjalanka­n operasi klinik bergerak ini seperti yang kita rancangkan dan saya berharap dapat melakukan yang lebih baik kerana apa yang dilakukan hari dapat dinikmati sebahagian kecil saja,” katanya.

Katanya, biarpun mengambil masa lebih empat jam, masih ramai pelarian yang beratur untuk berjumpa doktor kerana keadaan yang begitu mendesak.

“Selain itu, kita juga menyediaka­n telaga tiub, tandas dan bilik air mengikut spesifikas­i tentera yang lebih baik dan menggunaka­n bahan berkualiti,” katanya.

 ??  ?? PELARIAN Rohingya di kem pelarian Nayapara, Teknaf mengepam air dari telaga ke dalam belanga untuk diminum.
PELARIAN Rohingya di kem pelarian Nayapara, Teknaf mengepam air dari telaga ke dalam belanga untuk diminum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia