Harian Metro

Nidzam puji skuad muda Lang Merah

-

Alor Setar: Ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff memuji barisan pemain mudanya yang mempamerka­n aksi memberangs­angkan ketika mengikat Johor Darul Ta’zim (Johor DT) 0-0.

“Mereka menunjukka­n prestasi yang begitu baik dan patut diberi pujian. Saya lihat dua tiga pemain muda dapat bermain seperti senior,” kata Nidzam.

“Kedah tidak akan ketandusan pemain muda dan mereka ada potensi untuk masa depan bermain di Kedah, cuma saya harap mereka berkerja lebih keras di masa hadapan kerana kumpulan pemain muda inilah yang akan menyinar dalam masa tiga ke empat tahun lagi.

“Kita boleh lihat kualiti yang ada pada pemain Johor DT agak baik dan saya rasa pemain saya memberi persembaha­n terbaik untuk memberi tentangan dan itu sudah memadai untuk kami.

“Apapun, saya rasa bersyukur dengan keputusan tidak tewas pada perlawanan akhir Liga Super di Darul Aman pada malam ini (malam tadi).”

Ditanya berkenaan persiapan menjelang final Piala Malaysia, Nidzam berkata, latihan lebih serius akan dijalankan dan setiap aspek permainan akan dipertingk­atkan mengikut corak taktikal yang dirancang.

“Saya jangkakan latihan akan berjalan dengan lancar kerana pemain bebas kecederaan kecuali penyerang Ken Ilso (Larsen) yang masih cedera di tumit kanan. Saya harap dia pulih dalam kadar segera.

“Ken Ilso direhatkan sejak perlawanan separuh akhir kedua menentang FELDA United pada 21 Oktober lalu dan dilaporkan beransur pulih.

“Kita tahu semangat dan moral pemain akan melonjak menjelang aksi final nanti dan saya yakin pemain akan mempamerka­n prestasi terbaik mereka,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia