Forum orang awam di FB SFC berhasil
Sibu: Inisiatif Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mewujudkan forum orang awam dalam laman sosial Facebook (FB) perbadanan itu membuahkan hasil apabila menerima maklumat mengenai aktiviti pembalakan haram di Sungai Bungan dan Sungai Bedil, Batang Igan, di sini, Khamis lalu.
Jurucakap SFC berkata, sebaik menerima aduan dari FB SFC, sepasukan anggota dari SFC Bahagian Sibu dengan kerjasama Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) menyerbu lokasi penyimpanan balak berkenaan, Jumaat lalu.
Menurutnya, hasil serbuan membawa kepada rampasan 422 balak dilonggok di satu kawasan lapang di Sungai Bungan, Batang Igan.
“Susulan rampasan itu, pemeriksaan lanjut di kawasan berhampiran Sungai Bedil, Batang Igan membolehkan penguat kuasa SFC dan LLS merampas 119 balak.
“Semua balak itu ditebang secara haram selepas tiada tanda rasmi Jabatan Hutan Sarawak (JHS) ditemui pada semua balak terbabit, selain lokasi balak itu tidak dibenarkan untuk operasi pembalakan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Katanya, ketika serbuan tiada tangkapan dilakukan kerana dipercayai berlaku kebocoran maklumat berhubung serbuan yang akan diadakan.
“Laporan sudah dibuat di ibu Pejabat Polis Daerah Sibu berhubung kes berkenaan dan balak yang dirampas akan diserahkan kepada JHS untuk penilaian serta tindakan selanjutnya,” katanya. Polis Sabah melanjutkan lagi pelaksanaan perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang kini memasuki fasa ke-76 bermula hari ini hingga 14 November.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, tindakan melanjutkan fasa perintah berkurung itu susulan ada cubaan kumpulan penculik untuk tebusan wang (KFR) dan militan Abu Sayaff mencuba melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan di perairan negeri ini.
Beliau berkata, lanjutan itu juga disebabkan fasa perintah berkurung sebelumnya tamat pada 6 petang semalam mengikut Seksyen 31(1) Akta Polis 1967 dan selain memastikan tahap keselamatan di perairan negeri ini terus berada dalam keadaan selamat.
Jelas Ramli, antara keperluan meneruskan perintah berkurung berkenaan antara lain memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang cuba mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan di pulau di pantai timur Sabah.
“Perintah berkurung yang kini memasuki fasa ke-76 akan dilanjutkan bermula hari ini hingga 14 November depan selepas fasa sebelumnya tamat jam 6 petang semalam.
“Kami menerima maklumat berhubung cubaan kumpulan KFR dan militan Abu Sayaff yang mengintai peluang melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan terutama di kawasan ESSZONE,” katanya, dalam kenyataan, semalam.