Harian Metro

Firasat mimpi

 Isteri pendaki hilang lega penantian setahun berakhir walaupun dengan khabar duka

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Saya mahu peluk arwah dan lihat keadaannya sebelum dikafan Roslida

“Dua bulan lalu saya bermimpi saya dan arwah suami menunggu van untuk ke satu destinasi, tiba-tiba hanya saya menaiki kenderaan itu manakala suami tertinggal di belakang.

“Saya lihat suami memandang saya begitu saja sebelum hilang dan mungkin itu petanda arwah sudah meninggal dunia, namun saya reda dan bersyukur sekurang-kurangnya ada pusara untuk kami kunjungi,” kata Roslida Ablah, 42, isteri pendaki negara, Ramli Abd Majid, 46, yang disahkan meninggal dunia selepas hampir setahun hilang di Gunung Damavand, Iran.

Mayat Ketua Jurutera Sistem Proton itu ditemui sekumpulan pendaki Iran ketika menuruni gunung itu pada ketinggian 4,300 meter, Jumaat lalu, sebelum Persatuan Bulan Sabit Merah Iran menghantar pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Roslida berkata, mayat suaminya disahkan melalui penemuan telefon bimbit, manakala pakaian dan peralatan mendaki disahkan rakannya iaitu Mohd Khafiz Bachok.

“Hampir setahun saya tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya apa yang berlaku terhadap arwah suami. Berita ini sekali gus membuatkan saya dan anak lelaki tunggal, Muhammad Fauzi, 17, lega dan boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Malah, beberapa minggu sebelum pemergian arwah ke Iran, dia tidak berhenti berzikir tidak kira di mana berada terutama ketika memandu kereta,” katanya yang juga kakitangan Proton.

Roslida berkata, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Walaupun dia kehilangan suami yang dikahwini 20 tahun lalu, dia reda dan meneruskan hidup seperti biasa terutama menjaga satu-satunya zuriat mereka.

“Minggu depan anak kami duduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya tidak mahu dia tertekan berikutan dia sangat rapat dengan bapanya.

“Saya berjumpa dengannya semalam (kelmarin) di sekolah di Pahang memberitah­u abahnya sudah tiada. Dia hanya tunduk dan termenung namun tenang menerima berita itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

“Saya bersyukur doa saya dimakbulka­n apabila suami ‘pulang’ jua ke pangkuan kami walaupun dalam keadaan jasad kaku,” katanya.

Roslida berkata, dia dihubungi wakil kedutaan Malaysia di Tehran bertanyaka­n arwah suami menggunaka­n telefon jenama apa.

“Sebaik memberitah­u jenama dipakai suami, beberapa minit kemudian Kementeria­n Luar mengeluark­an kenyataan rasmi mengesahka­n itu mayat suami.

“Sebenarnya saya dapat agak arwah suami mungkin tidak boleh survive dalam cuaca sejuk melampau. Sebagai pendaki, saya ambil maklum mengenai hal itu walaupun satu peratus ia masih harapan buat saya untuk yakin suami masih bernyawa,” katanya.

Menurutnya, dia teringin melihat mayat suaminya yang dipercayai beku dalam ais dan menerima apa saja kemungkina­n yang berlaku.

“Saya mahu peluk arwah dan lihat keadaannya sebelum dikafan dan dibawa pulang ke Malaysia serta kami mahu proses pengebumia­n diselesaik­an segera. Doakan urusan kami dipermudah­kan Allah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RAMLI hilang ketika mendaki Gunung Damavand, Iran, setahun lalu dan mayatnya ditemui dalam keadaan beku.
RAMLI hilang ketika mendaki Gunung Damavand, Iran, setahun lalu dan mayatnya ditemui dalam keadaan beku.
 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam
LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia