Harian Metro

Sorok kereta selepas nahas

-

Tapah: Polis merakam percakapan seorang pemandu kereta Proton Iswara yang turut terbabit dalam kemalangan meragut sembilan nyawa di Kilometer 45, Jalan Ipoh-Teluk Intan, dekat sini, Sabtu lalu.

Lelaki berusia 47 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah kelmarin, selepas polis mendapati kereta dipandunya turut terbabit dalam kemalangan membabitka­n lori muatan ais dengan sebuah van.

Ketua Polis Daerah Tapah Superinten­dan Som Sak Din Keliaw berkata, siasatan lanjut di lokasi kejadian pada jam 4 petang Sabtu lalu, polis menemui plat nombor pendaftara­n lima meter dari lokasi kejadian.

Katanya, hasil semakan mendapati kereta berkenaan dimiliki lelaki berusia 47 tahun itu.

“Sepasukan pegawai dan anggota pergi ke sebuah rumah di Langkap, Teluk Intan dan mendapati lelaki terbabit mengaku turut terbabit dalam kemalangan itu,” katanya pada sidang media di IPD di sini, semalam.

Beliau berkata, lelaki terbabit memaklumka­n ketika kejadian, pemandu lori yang membawa muatan ais merempuh bahagian kanan belakang kereta miliknya sebelum melanggar van yang dinaiki sembilan mangsa.

“Selepas dirempuh, kereta berkenaan berpusing dua kali dan berhenti di kiri jalan raya sebelum pemandunya meninggalk­an lokasi kejadian.

“Lelaki berkenaan tidak membuat laporan polis berhubung kemalangan itu berikutan lesen memandunya tamat tempoh serta kereta dipandu tidak mempunyai cukai jalan dan insurans.

“Kereta yang disembunyi­kan di belakang rumahnya dibawa ke Balai Polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Som Sak berkata, pihaknya turut mengeluark­an saman kerana tidak memperbaha­rui lesen memandu serta cukai jalan.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 22 tahun ditahan selama 24 jam bagi membantu siasatan berhubung kemalangan itu.

“Siasatan mendapati lori dipandu lelaki itu sudah menjalani pemeriksaa­n di PUSPAKOM (Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r) tiga bulan sebelum kejadian,” katanya.

 ??  ?? SOM (kiri) menunjukka­n kereta yang turut terbabit
dalam nahas.
SOM (kiri) menunjukka­n kereta yang turut terbabit dalam nahas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia