Harian Metro

‘Saya dah minta maaf tetapi dia hentam saya’

-

Kuala Lumpur: “Saya sudah minta maaf tetapi dia (suspek Datuk Seri) hentam saya,” demikian luahan salah seorang anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), Lee Weng Poh, 27, yang dibelasah seorang lelaki Jumaat lalu.

Lee berkata, dia enggan melawan walaupun diserang sehingga tulang tengkorak berhampira­n mata kirinya retak.

“Ketika itu saya memakai pakaian seragam RELA, oleh itu saya perlu menjaga tingkah laku sebagai seorang penjawat awam, lebih-lebih lagi tugas saya adalah menjaga keamanan,” katanya.

Difahamkan insiden bermula apabila dia meminta lelaki itu mengalih kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu yang menghalang laluan di hadapan tokong di Jalan Ampang.

Lelaki yang mengaku dirinya Datuk Seri itu memukul tiga anggota RELA kerana didakwa tidak hormat kepadanya.

“Saya meminta maaf kepada lelaki itu namun dia menampar saya. Saya berdiam diri namun dia menumbuk saya dan sempat menanggalk­an cermin mata yang saya pakai dan menampar saya beberapa kali,” katanya ketika ditemui sejurus menerima Sijil Penghargaa­n di Wisma MCA, Jalan Ampang, di sini, semalam. Abidin berkata, ada ‘orang tengah’ menghubung­i salah seorang mangsa dan menawarkan imbuhan wang berjumlah RM10,000 supaya menarik laporan polis.

“Kami tidak sesekali akan bertolak ansur dalam perkara ini dan tidak akan menerima tawaran berkenaan.

“Ini membabitka­n maruah RELA. Kami tidak gentar dan akan meneruskan perkara ini untuk siasatan polis,” katanya ketika sidang media di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini, semalam.

Seramai sembilan anggota RELA termasuk tiga mangsa yang dibelasah lelaki bergelar Datuk Seri menerima sijil penghargaa­n selepas sidang media berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya berharap polis dapat menjalanka­n siasatan dan menahan Datuk Seri itu kerana keselamata­n anggota RELA yang terbabit dalam kes itu tidak terjamin.

 ??  ?? ZULKIFLI (dua dari kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Lee.
ZULKIFLI (dua dari kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Lee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia