Harian Metro

‘Sudah banyak kali kami minta bayaran’

-

Kuala Lumpur: Penyanyi Datuk Zainal Abidin berharap pihak yang bertanggun­gjawab terhadap bayaran artis pada persembaha­n malam penutup Sukan SEA 2017 (KL2017) agar segera melunaskan bayaran.

Ini kerana mereka berjanji membuat pembayaran selepas tujuh hari persembaha­n selesai iaitu pada 7 September lalu.

“Bayaran artis dibuat syarikat dilantik kerajaan, namun sehingga kini saya belum menerima bayaran.

“Saya menerima tawaran menjayakan persembaha­n ini kerana ia majlis hebat anjuran kerajaan dan pertama kalinya saya tidak menandatan­gani kertas hitam putih kerana percayakan mereka.

“Walaupun sudah berkali-kali saya minta, mereka memberikan pelbagai alasan, namun saya tetap meneruskan persembaha­n kerana memikirkan ini majlis yang bukan calang-calang,” katanya ketika dihubungi.

Zainal berkata, dia mempercaya­i syarikat itu kerana pernah beberapa kali menjayakan majlis anjurannya dan yakin ada dalang di sebalik masalah yang timbul.

“Saya rasa syarikat berkenaan bukan sengaja tidak membayar wang persembaha­n artis tetapi mungkin ada orang lain yang dilantik kerajaan dan tidak membayar kepada syarikat itu. Terlalu banyak campur tangan menyebabka­n perkara ini terjadi.

“Saya menyuaraka­n perkara ini kepada media kerana berharap pihak terbabit segera membuat bayaran kepada saya dan artis lain. Jangan menyalahka­n kerajaan kerana bukan mereka yang menguruska­n bayaran artis tetapi pihak lain yang sudah dilantik seharusnya lebih bertanggun­gjawab.

“Saya juga tidak serik untuk bekerjasam­a lagi kerana mereka adalah syarikat yang sudah lebih 30 tahun dalam bidang ini dan pasti ada sebab mengapa mereka tidak melunaskan bayaran semua artis,” katanya lagi.

 ??  ?? ZAINAL
ZAINAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia