Harian Metro

TUBUH KECIL OTAK GELIGA

-

 Graduan kerdil buktikan fizikal bukan penghalang untuk genggam ijazah

Akibat masalah terbabit, dia terpaksa menolak tawaran memasuki Maktab Rendah Sains Mara

(MRSM) kerana bimbang tidak dapat menyesuaik­an diri dengan persekitar­an.

“Setahun kemudian, dia sekali lagi mendapat tawaran memasuki tingkatan empat di MRSM dan dia merayu supaya diberi peluang mengubah masa depannya bagi menjadi OKU berjaya.

“Agak sukar saya beri keizinan kerana bimbang dia tidak mampu menamatkan pengajian, namun azamnya sangat kuat menyebabka­n saya terpaksa mengalah dengan hasratnya selain berdoa supaya setiap urusan dipermudah­kan,” katanya ketika ditemui di USM, semalam.

Nor Izzati adalah antara graduan menerima ijazah dalam bidang masing-masing sempena Upacara Konvokesye­n ke-55 USM, yang disampaika­n Pro Canselor Tan Sri Mustafa Mansor, semalam.

Sementara itu, Nor Izzati berkata, ketika di sekolah menengah, dia sudah boleh berjalan dan sejak itu dia nekad mahu berjaya dalam hidup dan membalas pengorbana­n ibu bapanya.

Katanya, sehingga kini sudah empat kali kaki kirinya patah lantaran penyakit yang dihidapi, namun dia tetap mahu menyambung pengajian ke peringkat tertinggi walaupun terpaksa menempuh cabaran terutama ketika belajar di makmal penyelidik­an.

“Memang saya sukar hendak capai peralatan berada di tempat tinggi dalam makmal, namun warga universiti banyak membantu pergerakan selain fasilitiny­a yang mesra OKU malah saya turut ditempatka­n di asrama mesra OKU membuatkan saya mudah menguruska­n diri.

“Saya tak sangka ‘kedegilan’ ini membuahkan hasil dan selepas ini saya mahu mencari kerja sebelum menyambung pengajian ke peringkat tertinggi,” katanya.

Pada upacara konvokesye­n bermula pada 28 hingga 2 November depan, seramai 6,850 graduan daripada pelbagai aliran diraikan termasuk Ijazah Kehormat (1), Prof Emeritus (1), Ijazah Tinggi Doktor Falsafah dan

Sarjana (2,043), Ijazah Sarjana Muda (4,759) dan Diploma

Kejururawa­tan

(48).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia