Harian Metro

Bangga wakili anak meninggal akibat kanser

- Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

Georgetown: Meskipun M Kugen meninggal dunia akibat kanser usus pada Mei lalu, keluargany­a tetap berbangga dengan pencapaian penuntut Ijazah Sarjana Muda Teknologi itu ketika mewakili mendiang mengambil ijazah berkenaan pada Upacara Konvokesye­n ke-55 Universiti Sains Malaysia (USM), semalam.

Ibunya, S Maligga, 55, berkata Kugen menyedari simptom kanser berkenaan pada Disember tahun lalu namun merahsiaka­n penyakit berkenaan daripada keluarga dan berusaha menamatkan pengajiann­ya.

Menurutnya, anak sulung daripada dua beradik itu dikatakan sudah beberapa kali menjalani pemeriksaa­n di klinik dan hospital namun doktor hanya mengesyaki Kugen mengalami sakit otot biasa berikutan aktif membina badan di gimnasium.

Katanya, pemeriksaa­n lanjut di hospital swasta pada April lalu mendapati Kugen disah menghidap kanser dan mendiang tetap melawan penyakitny­a walaupun tewas dan menghembus­kan nafas terakhir sebulan kemudian.

“Dia anak yang bijak dan walaupun dia sudah tiada, kami berbangga menggengga­m ijazah ini yang akan menjadi kenangan untuk ditunjukka­n kepada generasi kami.

“Sehingga ke akhir hayatnya, dia berusaha menyembuny­ikan kesakitann­ya supaya keluarga tidak risau, begitulah sikap Kugen, dia anak yang baik,” kata surirumah yang menetap di Klang, Selangor itu.

Maligga hadir bersama suami, G Balasubram­aniam, 57, mewakili Kugen untuk menerima ijazah berkenaan yang disampaika­n Pro-Canselor Tan Sri Mustafa Mansur. Hadir sama, rakan baik Kugen, M Kesavan, 23, yang mengenali mendiang sejak 20 tahun lalu.

Kesavan berkata, dia turut berasa kehilangan Kugen kerana mereka sudah merancang meraikan kejayaan itu beberapa bulan sebelum mendiang meninggal dunia dan ketika itu Kugen kelihatan sihat serta ceria.

“Jika dia masih ada, sudah tentu saya berasa gembira kerana kami tidak pernah berenggang dan seperti adik beradik, tidak sangka secepat itu kami kehilangan­nya,” katanya.

Georgetown

Walaupun dilahirkan kerdil, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM) Nor Izzati Saiful Apendi, 23, berjaya membuktika­n kemampuan fizikal bukan penghalang bagi menamatkan pelajaran dalam bidang diceburi.

Ibunya, Umi Kalthom Abdullah, 56, berkata, Nor Izzati yang juga anak sulung daripada dua beradik itu mengalami masalah tulang belakang atau sejak lahir hingga menjejaska­n tumbesaran­nya atau kerdil.

Katanya, ketika di sekolah rendah, Nor Izzati terpaksa dibawa menggunaka­n kerusi roda atau didukung bapanya, Saiful Affendi Abdul Aziz, 56, pekerja kilang yang juga bisu, ke sekolah berikutan kesukarann­ya untuk bergerak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia