Harian Metro

Amal baca al-Quran setiap hari

-

Putrajaya: “Saya bukan semula jadi pandai tetapi hasil usaha gigih dan berkat doa membuatkan saya berjaya memperoleh kejayaan pada hari ini,” kata Ainul Nabila Roslan, 21.

Ainul Nabila, penuntut Pengurusan Perniagaan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Kota Bharu, Kelantan adalah penerima Anugerah Platinum (Diploma) bagi Majlis Konvokesye­n KPTM kali ke-34.

Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, tiada rahsia lain yang membuatkan­nya berjaya merangkul anugerah berkenaan selain belajar bersungguh-sungguh.

“Saya tidak malu bertanya sekiranya tidak memahami mana-mana mata pelajaran, malah tumpuan penuh akan diberikan semasa berada di dalam kelas.

“Alhamdulil­lah, saya dikurniaka­n kelebihan untuk menghafal dengan cepat dan mudah memahami sesuatu pelajaran, jadi ia banyak membantu saya dalam mengekalka­n pencapaian pada setiap semester,” katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesye­n Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) kali ke-34 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Majlis itu turut disempurna­kan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hadir sama Ketua Pengarah MARA Datuk Azhar Abdul Manaf.

Ainul Nabila yang berasal dari Kedah itu berkata, pembahagia­n masa antara akademik dan kokurikulu­m juga perlu seimbang untuk memastikan kedua-duanya dapat dicapai dengan baik.

“Selain itu, saya turut mengamalka­n bacaan ayat suci al-Quran setiap hari selepas solat antara sebagai ‘makanan’ rohani untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

“Hasil usaha saya selama ini membuahkan hasil apabila saya kini berjaya melanjutka­n pengajian peringkat ijazah di University Of New South Wales, Australia dalam bidang kewangan,” katanya yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.98.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia