Harian Metro

‘Semoga Malaysia dapat keberkatan’

-

Kuala Terengganu: “Kami masyarakat Rohingya akan sentiasa mendoakan Datuk Seri Najib (Razak) dan Datuk Seri (Ahmad) Zahid Hamidi supaya mendapat keberkatan.

“Mereka layan kami macam keluarga sendiri, tidak ada negara lain tolong masyarakat Rohingya macam Malaysia lakukan,” kata Anayatulla­h Oliullah, 30, antara pelarian

Rohingya yang menetap di negeri ini.

Anayatulla­h sudah menetap di negara ini sejak 17 tahun lalu selepas berjaya melarikan diri bersama bapa saudaranya kerana bimbang diapa-apakan tentera Myanmar.

“Saya mempunyai 10 adik-beradik tetapi sekarang hanya saya seorang yang hidup, ini pun kerana dapat larikan diri dan datang ke negara ini.

“Semua adik-beradik saya kena bunuh, ibu saya pula kini berada di kem pelarian Kutupalong, Cox’s Bazar di Bangladesh,” katanya.

Anayatulla­h ditemui pada Program Malam Terengganu For Rohingya-Sekampit Beras Untuk Rohingya di Stadium Negeri anjuran kerajaan negeri, malam kelmarin.

Hujan lebat sejak petang kelmarin tidak menghalang hampir 5,000 warga Kuala Terengganu memberi sokongan kepada penganjura­n program berkenaan.

Lebih manis, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumka­n kutipan Tabung Kemanusiaa­n Rohingya hampir RM2.2 juta walaupun baru dilancarka­n kira-kira sebulan lalu.

Ahmad Razif berkata, sumbangan berkenaan akan diserahkan dalam Misi Kemanusiaa­n Terengganu For Rohingya untuk etnik berkenaan yang membanjiri 68 kem penempatan di sempadan Bangladesh.

“Kutipan ini adalah hasil sumbangan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), NGO (badan bukan kerajaan), syarikat swasta dan orang persendiri­an.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu mengurangk­an beban dan keperitan saudara kita di sana,” katanya.

Menurutnya, hasil kutipan itu belum diputuskan sama ada akan diserahkan dalam bentuk wang atau barang keperluan kerana ia hanya akan ditentukan selepas satu mesyuarat diadakan dalam masa terdekat.

“Skuad Sukarelawa­n Transforma­si Terengganu Baru (TTB) yang dipengerus­ikan Datuk Rozi Mamat (Pengerusi Jawatankua­sa Belia & Sukan dan Sumber Manusia) juga akan ke sana, cuma sedang menunggu kebenaran Wisma Putra,” katanya.

Pada program itu, Ahmad Razif turut mendeklama­sikan sajak yang dikarangny­a sendiri bertajuk ‘Mereka Yang Ku Lihat Asing di Tanah Sendiri’ dengan penuh perasaan.

Hadirin juga dihiburkan dengan persembaha­n khas oleh penyanyi dakwah terkenal Indonesia, Opick.

 ??  ?? AHMAD Razif (dua dari kanan) pada Malam Terengganu For Rohingya di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.
AHMAD Razif (dua dari kanan) pada Malam Terengganu For Rohingya di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.
 ??  ?? WARGA Rohingya memegang Tabung Sekampit Beras Bantu Rohingya.
WARGA Rohingya memegang Tabung Sekampit Beras Bantu Rohingya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia