Harian Metro

Roboh lepas geram

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 Lelaki guna jentolak ranapkan gerai dibuka jiran

“Bunyi rempuhan kuat menyebabka­n saya lari lintang-pukang sebelum dimaklumka­n pelanggan gerai makan saya dirempuh sebuah jentolak,” kata pemilik gerai makan di Bandar Country Homes Rawang, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, gerai makan milik mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nini, 44, dilanggar jentolak dipandu individu dikenaliny­a.

Nini berkata, ketika kejadian dia sedang sibuk mengemas barangan kerana mahu menutup gerai perniagaan sambil dibantu suaminya berusia 36 tahun.

“Ketika itu masih ada seorang pelanggan yang sedang minum. Tiba-tiba kami

dikejutkan dengan bunyi rempuhan kuat di bahagian belakang gerai.

“Akibat terkejut dengan bunyi itu, saya melarikan diri sebelum pelanggan memaklumka­n gerai kami dirempuh jentolak dipandu seorang lelaki yang juga penghuni di kawasan kejiranan berhampira­n,” katanya.

Nini berkata, dia kemudian pergi semula ke gerainya untuk memeriksa keadaan sebelum mendapati bahagian belakang premis rosak akibat rempuhan berkenaan.

“Saya dimaklumka­n individu yang melakukan perbuatan itu adalah lelaki berusia 50-an. Sebelum ini dia ada meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan saya membuka gerai makan di kawasan berkenaan sejak lebih setahun lalu,” katanya.

Selepas melanggar gerainya itu, lelaki terbabit terus menghilang­kan diri begitu saja.

“Saya ada membuat laporan di Balai Polis Rawang, di sini berhubung kejadian itu.

“Saya berharap masalah ini boleh diselesaik­an secara baik dan tidak mengancam nyawa kami,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN gerai makan yang dirempuh jentolak.
KEADAAN gerai makan yang dirempuh jentolak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia