Harian Metro

Alih bangkai pesawat di Sungai Mati

-

Jasin: Bangkai pesawat GT500 Microlite yang tenggelam di dasar Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor, selepas terhempas sejurus berlepas dari landasan Aerodome Sungai Rambai, 14 Oktober lalu, dialihkan dari lokasi kemalangan, pagi semalam.

Proses mengeluark­an bangkai pesawat ringan berkenaan dikendalik­an Biro Siasatan Kemalangan Udara, Kementeria­n Pengangkut­an dengan dibantu lagi beberapa agensi penguat kuasa lain.

Penyiasat Kemalangan Udara kementeria­n berkenaan Izani Ismail berkata, pihaknya mengambil masa panjang untuk mengeluark­an bangkai pesawat daripada dasar sungai berikutan faktor cuaca selain persekitar­an sungai yang tidak selamat untuk sebarang aktiviti.

“Selepas berbincang dengan beberapa pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai Datuk Hasan Abd Rahman, hari ini (semalam) paling sesuai bagi melakukan kerja mengeluark­an bangkai pesawat berkenaan.

“Sejurus dinaikkan ke tebing, kami lakukan siasatan ringkas terlebih dulu terhadap bangkai pesawat ini, sebelum diserahkan semula kepada pemiliknya dan difahamkan akan dibawa pulang ke Ipoh, Perak,” katanya ketika ditemui.

Pada kejadian jam 10.30 pagi, 14 Oktober lalu, juruterban­g, Yen Yoon Fah, 53, maut, manakala jurulatih penerbanga­n, Shahrul Shafiri, 35, cedera selepas pesawat berkenaan terhempas di Sungai Mati, Tangkak, kira-kira 200 meter dari hujung landasan Aerodome Sungai Rambai.

 ??  ?? PROSES mengalihka­n bangkai pesawat dilakukan menggunaka­n jengkaut.
PROSES mengalihka­n bangkai pesawat dilakukan menggunaka­n jengkaut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia