Harian Metro

Bunuh suami kekasih ilham novel cinta

-

Rompin: Mungkin terpengaru­h dengan jalan cerita sebuah novel cinta, mendorong pembantu kedai makan membunuh lelaki warga Indonesia di FELDA Keratong 2, Muadzam Shah, dekat sini, 24 Oktober lalu.

Antara jalan cerita terkandung dalam novel popular itu yang boleh dikaitkan adalah tindakan suspek menjalin hubungan dengan isteri orang dan sanggup membunuh mana-mana individu bagi mengelak kehilangan teman wanitanya.

Siasatan mendapati suspek berusia 29 tahun itu menjalin hubungan sulit sejak empat bulan lalu dengan wanita warga Indonesia iaitu isteri kepada mangsa dikenali Zubir yang mengalami masalah perkahwina­n.

Suspek dikatakan berang selepas mengetahui Zubir cuba memujuk isterinya semula dengan membawanya pulang ke Aceh dan bertindak bertemu dengan mangsa di premis mencuci kenderaan di FELDA Keratong 2.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superinten­dan Azli Mohd Noor berkata, suspek mengakui menembak mangsa menggunaka­n senapang patah buatan sendiri kira-kira jam 12 tengah malam, 24 Oktober lalu. Mangsa meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kira-kira jam 12 tengah hari, keesokan harinya akibat parah di kepala.

Siasatan polis membawa kepada penahanan isteri mangsa pada keesokan harinya sebelum suspek ditahan sepasukan anggota polis di Hentian Rehat dan Rawat Tanjung Malim, Perak kira-kira jam 12.30 tengah malam, 27 Oktober.

“Ketika disoal siasat, suspek mengakui menghayati dan menyatakan kisahnya sama dengan novel cinta itu.

“Malah ketika ditahan, novel berkenaan ada bersama dengannya manakala senapang patah dan peluru dipercayai digunakan dalam kejadian itu ditemui di ladang Sungai Guan, Kota Bahagia, Muadzam Shah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin.

Azli berkata, pihaknya percaya dapat menyelesai­kan kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan.

 ??  ?? AZLI (tengah) menunjukka­n senapang buatan sendiri yang digunakan dalam kes pembunuhan seorang lelaki warga Indonesia.
AZLI (tengah) menunjukka­n senapang buatan sendiri yang digunakan dalam kes pembunuhan seorang lelaki warga Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia