Harian Metro

Sifat mulia bantu golongan susah

-

Adakalanya ada antara kita menghadapi masalah kewangan untuk membiayai keperluan asas dalam hidup seperti makan, minum, tempat tinggal dan kesihatan.

Sebagai seorang Muslim, apabila bertemu dengan orang yang berada dalam keadaan seumpama itu, kita hendaklah segera membantu meringanka­n beban mereka mengikut kemampuan.

Bagi mereka yang mempunyai kelebihan dari segi kewangan, alangkah baik sekiranya dapat membantu dengan memberi wang sebagai pinjaman kepada golongan yang memerlukan itu.

Memang untuk melakukan perkara itu tampak sukar namun apabila akhlak mulia dapat diamalkan, akan terbentukl­ah masyarakat ideal di samping turut mendapat pahala berganda daripada Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik supaya Allah melipatgan­dakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya.” (Surah al-Baqarah, ayat 245)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberi pinjaman satu dirham kepada seorang Muslim sebanyak dua kali, maka dia akan mendapat pahala seperti dia memberi sedekah salah satu (dirham)nya.”

Berhubung dengan masalah adab hutang-piutang, seorang Muslim juga perlu memberi kelonggara­n kepada peminjam yang masih dalam kesusahan.

Contohnya, apabila ada peminjam yang sudah sampai masa menjelaska­n hutangnya namun dia belum mempunyai wang untuk membayarny­a, maka orang yang meminjamka­n wang hendaklah memberinya kelonggara­n.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa mahu memberi tambahan tempoh kepada orang yang masih dalam kesukaran atau membebaska­n hutangnya, Allah SWT akan menganuger­ahinya naungan milik-Nya (pada hari kiamat).”

Bahkan, Allah SWT berjanji kepada orang yang memiliki sifat mulia balasan yang dapat dirasakan di dunia ini.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa ingin doanya dikabulkan, kegelisaha­nnya disingkirk­an, hendaklah dia memberikan kemudahan kepada orang yang lagi kesusahan.” (Musnad Imam Ahmad: 4735 dan 15556)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia