Harian Metro

Kenal pasti 4 lokasi baru MARA Digital Mall

-

Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mengenal pasti empat lokasi baharu bagi mewujudkan pusat teknologi maklumat dan telekomuni­kasi (ICT) Bumiputera, MARA Digital Mall.

Timbalan Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, empat lokasi baharu itu terletak di Johor, Melaka, Terengganu serta Kelantan dan pihaknya sedang berunding dengan peniaga di negeri terbabit.

“Apa yang kita lakukan menerusi MARA Digital Mall adalah langkah awal bagi membantu usahawan Bumiputera dalam sektor teknologi maklumat.

“Ramai usahawan Bumiputera terbabit dalam ekonomi digital. Ia bukan sekadar bilangan, kita mahu memberi penekanan pada aspek kualiti, kepandaian dan inovasi usahawan berkenaan dalam bidang ICT.

“Hasrat kerajaan melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memperkasa usahawan digital bukan hanya mahu mewujudkan pusat gajet di seluruh negara tetapi ingin meluaskann­ya ke daerah,” katanya ketika menjawab soalan Jeff Ooi Chuan Aun (BN-Jelutong) yang bertanyaka­n jumlah peniaga serta jumlah transaksi perniagaan bagi MARA Digital Mall sejak ia ditubuhkan pada penghujung 2015 serta manfaatnya kepada Bumiputera di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau berkata, terdapat empat MARA Digital Mall yang beroperasi ketika ini dengan cawangan pertama di Menara MARA, di sini meraih jualan RM26 juta sejak dibuka pada 8 Disember 2015 dan cawangan kedua di Shah Alam, Selangor meraih nilai jualan RM2.3 juta sejak dibuka pada 21 Julai 2016.

 ??  ?? ALEXANDER Nanta
ALEXANDER Nanta

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia