Harian Metro

Pelaburan KWSP di AS RM25.4 bilion

-

Kuala Lumpur: Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika Syarikat (AS) ketika ini adalah RM25.4 bilion (AS$6 bilion) dan kerajaan bercadang menambah pelaburan RM12.4 bilion (AS$3 bilion) hingga RM16.9 bilion (AS$4 bilion) lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, jumlah itu hanyalah 17 peratus daripada jumlah keseluruha­n pelaburan KWSP di luar negara.

“Pelaburan KWSP di luar negara bermula sejak 2008. Setakat Jun lalu, pelaburan luar negara KWSP iaitu 29 peratus daripada jumlah keseluruha­n pelaburan kumpulan itu, menyumbang 32.5 peratus kepada keseluruha­n pendapatan KWSP pada suku kedua tahun ini.

“Ini jelas menunjukka­n walaupun portfolio pelaburan itu kurang daripada 30 peratus, ia satu keputusan pelaburan yang memberi keuntungan signifikan kepada KWSP,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) mengenai kejayaan dicapai pada lawatan Perdana Menteri ke AS pada September lalu di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Menurutnya, pencarum KWSP pasti menikmati keuntungan daripada pelaburan itu dalam bentuk dividen tinggi berbanding jika KWSP hanya melabur di dalam negara yang pasarannya terhad.

Katanya, Khazanah Nasional Bhd pula memiliki pelaburan bernilai RM1.69 bilion (AS$400 juta) dalam syarikat berteknolo­gi tinggi di Silicon Valley dan sedang meneliti beberapa pelaburan baharu dalam usaha meningkatk­an dana pelaburan di negara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia