Harian Metro

442 pelajar dibuang terbabit gengsteris­me

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pendidikan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak pengurusan sekolah yang sengaja menyembuny­ikan kes gengsteris­me atau buli membabitka­n murid dan pelajar di sekolah mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanath­an berkata, usaha membantera­s gejala negatif itu tidak akan berjaya sekiranya ada pihak yang menyembuny­ikan kes demi menjaga imej dan reputasi sekolah berkenaan.

“Kementeria­n memandang serius membendung isu gengsteris­me dan buli di sekolah. Pihak pengurusan sekolah perlu melaporkan kepada kementeria­n dan juga pihak berkuasa.

“Kementeria­n memiliki prosedur operasi standard (SOP) sebelum hukuman keras diambil kepada murid terbabit dengan gejala ini seperti memberi nasihat, kaunseling dan amaran sebelum hukuman buang sekolah diambil ke atas mereka,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) yang bertanyaka­n soalan berkaitan kes buli dan gangsteris­me di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Menjawab soalan asal Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (PAN-Parit Buntar) yang bertanyaka­n jumlah pelajar ditangkap kerana terbabit dalam gengsteris­me dari 2010 hingga September 2017 dan apakah tindakan kerajaan menanganin­ya, Kamalanath­an berkata, ia masih dalam keadaan yang terkawal.

“Setakat tahun ini, 442 pelajar dikenakan tindakan buang sekolah kerana terbabit gejala gengsteris­me dan buli di sekolah,”

katanya.

 ??  ?? KAMALANATH­AN
KAMALANATH­AN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia