Harian Metro

Teruja ke separuh akhir

- DARI MUKA R23

Ahad lalu, Haqiem tampil di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 32 (SAMM32) untuk minggu pertama dan menyampaik­an lagu taruhan pertamanya, Segalanya.

“Mungkin rasa gemuruh itu tidak terlalu jelas.

Yang pasti, saya sudah berikan yang terbaik ketika membuat persembaha­n. Sedikit sebanyak, harapan peminat itu memberikan tekanan kepada saya, namun saya cuba sebaik mungkin,” katanya.

Ditanya mengenai perasaanny­a apabila dapat meneruskan langkah sehingga ke peringkat separuh akhir pertanding­an muzik terbesar Malaysia itu, Haqiem nyata teruja.

“Kalau dulu ketika zaman kanak-kanak, saya hanya menonton Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu di TV. Tapi kini saya jadi sebahagian daripada pertanding­an itu.

“Bagaimanap­un, saya sentiasa menghormat­i semua senior yang turut bertanding dalam SAMM32 kerana mereka lebih berpengala­man dan saya baru pertama kali bertanding,” katanya.

Selain Segalanya, satu lagi lagu nyanyianny­a yang dipertandi­ngkan adalah Tergantung Sepi yang tidak kurang mencabar.

“Antara kedua-dua lagu itu, saya rasa Tergantung Sepi lebih mencabar memandangk­an bahagian klimaksnya sangat tinggi.

“Namun saya tidak akan sekali-kali menurunkan ‘key’ dan akan sampaikan dengan ‘key’ asal,” katanya.

KERETA BARU DAN PERNIAGAAN

Siapa sangka, menerusi kerjaya seni Haqiem kini berjaya mengumpul aset dengan membeli kereta baru secara tunai.

“Mitsubishi Lancer adalah kereta yang saya beli dengan hasil titik peluh sendiri. Memang bersyukur sangat apabila ada rezeki untuk beli kereta idaman,” katanya.

Selain itu, Haqiem juga bakal membuka rangkaian kedai burger.

“Insya-Allah, ia masih dalam perbincang­an dan kalau semuanya berjalan lancar, saya akan buka kedai burger pertama, Haqiem Burger di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

“Kalau ada rezeki, saya akan kembangkan bisnes ini dengan membuka beberapa cawangan,” katanya.

Haqiem meluahkan pendapatny­a mengenai kepentinga­n mewujudkan cabang rezeki lain.

“Ramai artis yang apabila sudah ‘jatuh’ tidak ada simpanan dan berdepan masalah kewangan.

“Jadi, saya perlu buat persiapan untuk masa depan. Dengan adanya bisnes ini setidak-tidaknya dapat membantu saya pada masa depan,” katanya. -Syafil Syazwan Jefri

 ??  ?? Kalau dulu ketika zaman kanakkanak, saya hanya menonton Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu di TV. Tapi kini saya jadi sebahagian daripada pertanding­an itu
Kalau dulu ketika zaman kanakkanak, saya hanya menonton Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu di TV. Tapi kini saya jadi sebahagian daripada pertanding­an itu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia