Harian Metro

DOKUMENTAR­I PEMBUNUHAN misteri

-

malam, mulai 26 November ini.

Penonton bakal menyaksika­n temu bual eksklusif bersama ibu bapa Aarushi, Dr Rajesh Talwar dan Nupur Talwar serta beberapa individu yang turut terbabit dalam kes berkenaan.

Pada pagi 16 Mei 2008, Arushi ditemui mati dalam keadaan ngeri di atas katilnya manakala Banjade didapati hilang sekali gus menjadi suspek utama pembunuhan itu.

Bagaimanap­un, mayat Banjade kemudian ditemui di atas loteng kediaman keluarga Talwar. Dengan penemuan itu, polis kemudian meletakkan pasangan Talwar sebagai suspek kerana hanya empat orang berada di kediaman terbabit pada malam kejadian.

Bagaimanap­un, selepas tiga siasatan dan perbicaraa­n mahkamah sepanjang sembilan tahun, kes itu masih tergantung tanpa penyelesai­an.

Ketua Pegawai Eksekutif HBO Asia, Jonathan Spink berkata, The Talwars: Behind Closed Doors adalah karya keempat terbitan produksi berkenaan bagi tahun ini.

“Januari lalu, HBO Asia sudah menerbitka­n musim kedua drama bersiri fantasi Halfworlds. Ia diikuti dengan siri Cina pertama The Teenage Psychic yang mendapat sambutan luar biasa di Taiwan.

“Selain itu, produksi ini turut menghasilk­an drama komedi sulung berjudul

Sent pada September lalu,” katanya.

Spink berkata, produksi terbabit akan terus mengetenga­hkan kisah menarik dan relevan dari Asia yang dekat di hati penonton di rantau terbabit.

 ??  ?? ANTARA paparan The Talwars: Behind Closed Doors.
ANTARA paparan The Talwars: Behind Closed Doors.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia