Harian Metro

Enggan jadi ‘role model’

-

Bintang utama filem Secret Superstar, Zaira Wasim, 17, gembira jika ramai yang mahu menceburi industri perfileman Bollywood namun dia enggan dirinya dijadikan ‘role model’.

“Saya jenis pendiam dan hanya akan memberikan pendapat jika perlu,” katanya.

Filem Secret Superstar yang turut dilakonkan Aamir Khan terus meraih perhatian penonton namun Zaira berkata, dia kurang mengeri apa yang dimaksudka­n dengan pecah panggung.

“Apa yang saya tahu, Secret Superstar mendapat ulasan yang bagus. Jalan cerita yang bagus adalah lambang kejayaan sesebuah filem.

“Saya dan semua yang terbabit dalam pembikinan Secret Superstar tidak sangka ia mendapat sambutan luar biasa.

“Ada yang suka melihat hubungan rapat antara ibu dan anak perempuan, ada pula yang berpendapa­t keganasan rumah tangga adalah sebahagian daripada kekuatan wanita,” katanya.

Zaira mula diperkenal­kan di layar perak menerusi filem Dangal oleh Aamir Khan.

“Saya terbuka untuk berlakon dalam semua jenis filem asalkan jalan ceritanya bagus. Sebenarnya saya masih menyelongk­ar segala potensi dalam diri,” katanya.

Bercerita mengenai Aamir Khan, jelas Zaira, dia menganggap aktor

Zaira masih menyelongk­ar segala potensi dalam diri

yang disegani ramai itu kawannya.

“Semua orang gelar dia ‘Mr Perfection­ist’ tetapi saya panggilnya ‘Mr Passionate’ kerana dia sangat dedikasi.

“Sesiapa saja yang bekerja dengan Aamir akan jadi bagus kerana perlu bekerja keras sepertinya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia