Harian Metro

PELBAGAI ACARA PERINGKAT DUNIA

-

MTGO giat promosi Macau sebagai bandar menyeronok­kan dengan pelbagai program menarik

DARI MUKA N31

Wakil MGTO di Malaysia Datuk Seri Tunku Iskandar Tunku Abdullah, berkata Macau juga mempunyai perayaan dan acara antarabang­sa sepanjang tahun yang berjaya menawan pelancong dari seluruh dunia.

“Pelbagai perayaan dan acara yang berlangsun­g sepanjang tahun di

Macau dan di kempen ‘Keajaiban Musim Luruh’ ini, kami mendedahka­n acara antarabang­sa yang ditawarkan di Macau.

“Kempen ini juga adalah peluang keemasan untuk MGTO mempromosi­kan Macau sebagai bandar yang menyeronok­kan untuk menikmati pelbagai acara dan perayaan peringkat antarabang­sa,” katanya.

Sempena kempen ini, MGTO juga melancarka­n kempen pengiklana­n untuk mempamerka­n acara yang akan dilangsung­kan di Macau melalui pelbagai media, termasuk ‘Giant Cube’ di Lot 10, rangkaian ERL, skrin digital sepanjang kawasan Bukit Bintang dan sebilangan tren MRT yang terpilih.

MGTO kini turut berusaha menyediaka­n pengalaman tersendiri dan istimewa untuk pelancong Malaysia.

Musim cuti ini, antara acara yang menanti pelancong termasuk

Festival Makanan Macau ke-17, Suncity Group Macao Grand Prix ke-64, Maraton Antarabang­sa Macao, Festival Cahaya Macau, Perbarisan Antarabang­sa Macau dan Festival Filem Antarabang­sa & Anugerah Macau ke-2.

Mengunjung­i kempen ini, bagi pengunjung yang mempunyai anak, mereka berpeluang menonjolka­n kreativiti di Creative Corner yang disediakan khas untuk mereka sempena kempen ini seperti aktiviti Lukisan Tanglung dan Lukisan Lencana 3D Macau.

Sementara ini, ibu bapa boleh mendapat maklumat lanjut mengenai pakej percutian Macau secara eksklusif daripada ejen pelanconga­n ketika anak melakukan aktiviti.

Pengunjung juga berpeluang mendapatka­n promosi eksklusif yang ditawarkan oleh ejen pelanconga­n iaitu Apple Vacations & Convention­s

Sdn Bhd , Airlines Booking Centre Sdn Bhd (ABC), Golden Tourworld Travel (M) Sdn Bhd (GTT) dan Prestige Vacation Network Sdn Bhd.

Pemegang akaun Facebook juga berpeluang menerima hadiah eksklusif daripada MGTO dengan menyertai ‘Rabbit Round Up Hunt, apabila mereka perlu mencari dan mengira jumlah arnab yang tersembuny­i di sekitar kawasan Wonders of Autumn di Lot 10.

Jika ada merancang untuk meneroka atau berminat untuk mendapatka­n lebih banyak maklumat mengenai Macau, kunjungan ke Keajaiban Musim Luruh MGTO ini nyata tidak mengecewak­an.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www. macaotouri­sm.gov.mo bagi merancang percutian Macau dengan gaya anda sendiri.Suliati Asi

 ??  ?? PENGUNJUNG mendapatka­n khidmat nasihat daripada agensi
pelanconga­n sempena Wonders of
Autumn Roadshow.
PENGUNJUNG mendapatka­n khidmat nasihat daripada agensi pelanconga­n sempena Wonders of Autumn Roadshow.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia