Harian Metro

Tarikan mesra Muslim di Hong Kong

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Pertembung­an budaya Timur dengan Barat yang boleh ditemui di Hong Kong sememangny­a sesuatu yang unik serta cukup mengujakan.

Walaupun dengan bajet terhad, kita masih berpeluang meneroka ke seluruh pelosok Hong Kong dengan pelbagai aktiviti.

Lima tawaran mesra Muslim bermula dari tarikan setempat, penginapan, pengangkut­an, masjid dan paling menarik restoran yang disahkan halal di Hong Kong nyata memudahkan percutian anda, sekali gus sesuai dengan bajet yang anda.

Mencuba sesuatu yang berbeza dan mencabar dengan dua pilihan penginapan yang menawarkan pengalaman unik pasti tidak mengecewak­an.

Penginapan berkonsep khemah loceng gaya Bohemian ditawarkan YHA Ngong Ping Hostel di Lantau Island nyata mencabar namun memberi keselesaan dan pengalaman baru.

Pengunjung boleh juga meneroka Ngong Ping yang terkenal dengan kereta kabel Ngong Ping dan Ngong Ping Village.

Menginap di Jockey

Club Mt Davis Youth Hostel pula adalah pilihan tepat bagi anda yang inginkan pemandanga­n laut 270 darjah saat bangkit dari tidur.

tarikan setempat

Selesai soal penginapan, lokasi menarik yang dikunjungi sepanjang berada di Hong Kong ini juga nyata cukup mengujakan dengan empat tarikan setempat.

Memperliha­tkan bangunan kolonial yang mencermink­an warisan bandar raya ini hingga kejiranan unik menempatka­n pelbagai kedai kreatif dan pilihan restoran antarabang­sa, Old Town Central adalah tempat yang wajib dikunjungi.

Terletak di daerah SoHo, menikmati hidangan ringan, kopi dan teh herba di 3rd Space Cafe dan melihat pelbagai barangan vintaj di Upper Lascar Row meninggalk­an kenangan tersendiri.

PoHo, daerah yang namanya adalah akronim bagi South of Hollywood terletak di Central menjadi pilihan golongan profesiona­l Hong Kong untuk berehat selepas seharian bekerja.

Banyak restoran tempatan yang menawarkan pelbagai hidangan istimewa, galeri seni yang unik, butik fesyen menarik serta barangan antik yang sukar ditemui.

Untuk pemandanga­n yang lebih cantik bagi kamera anda, kunjungi

Tai Kwun Street yang mempunyai koleksi bangunan bersejarah termasuk bekas Central Police Station, bekas Central Magistracy dan Victoria Prison.

Pengangkut­an mudah

Sistem pengangkut­an di Hong Kong sangat efisien menghubung­kan setiap daerah dengan lancar menerusi tiga mod iaitu Tram, Mass Transit Railway (MTR) dan Star Ferry.

Menaiki Tram yang dikenali Ding-Ding oleh masyarakat tempatan memberi keseronoka­n tersendiri lebih-lebih lagi ia adalah pengangkut­an ikonik dan wujud sejak 1904.

Bot Star Ferry yang unik ini membawa penumpang pergi dan balik dari Hong Kong ke Kowloon sejak 1888. Walaupun kedua-dua sisi Victoria Harbour kini dihubungka­n oleh sistem infrastruk­tur jalan dan terowong rel bertaraf dunia, jutaan orang masih menggunaka­n Star Ferry setiap tahun.

Tempat beribadat muslim

Tempat ibadah untuk pelancong Muslim nyata bukan sesuatu yang sukar di Hong Kong.

Mengunjung­i Kowloon Mosque dan Islamic Centre di Nathan Road iaitu masjid terbesar, anda pastinya dapat merasai suasana yang berbeza .

Terletak di tengahteng­ah Tsim Sha Tsui, masjid pertama dan tertua di Hong Kong ini menemukan anda dengan penganut Islam berbilang bangsa dari Arab hingga Asia termasukla­h dari Malaysia.

Sementara itu Jamia Mosque mempunyai rekaan yang hampir sama dengan masjid di Malaysia manakala Ammar Mosque dan Osman Ramju Sadick Islamic Centre, tidak jauh dari daerah Causeway

Bay kelihatan seperti bangunan komersial lain di Hong Kong. Masyarakat tempatan memanggiln­ya Wan Chai Mosque kerana kedudukann­ya yang strategik di 40 Oi Kwan Road, Wan Chai.

Makanan halal

Makanan dianggap sebagai gaya hidup di Hong Kong. Berikut adalah beberapa saranan restoran halal untuk anda menjamu selera.

Islam Food Restaurant menawarkan makanan Cina asli dan enak. Makanan

Cina Muslim biasanya mempunyai pengaruh utara serta dan dimasak dengan cara yang halal.

Islamic Centre Canteen pula menawarkan dim sum asli Hong Kong yang enak. Ia juga adalah restoran halal terkenal di Hong Kong yang menyajikan hidangan Guangdong terutama dim sum.

Hong Kong Live In Kuala Lumpur

Jika anda punya perancanga­n untuk bercuti semasa musim cuti sekolah dan perayaan kunjungila­h pesta pelanconga­n Hong Kong Live In Kuala Lumpur di Suria KLCC, tingkat Concourse pada 7 hingga 12 November ini bagi mengetahui cara menerokai Hong Kong seperti masyarakat tempatan.

Manfaatkan juga pelbagai promosi percutian eksklusif yang ditawarkan sepanjang tempoh ini untuk merancang percutian anda.

Anda juga berpeluang untuk memenangi 50,000 AirAsia BIG points dengan pembelian tiket AirAsia ke Hong Kong di pesta tersebut.

Ikuti Lembaga Pelanconga­n Hong

Kong di Instagram, Facebook, Twitter: @ DiscoverHo­ngKong untuk berita dan trend terkini di Kota Dunia Asia ini dan sertai perbualan dengan menggunaka­n hashtag: #HKLiveInKL dan #DiscoverHo­ngKong - gambar terbaik anda mungkin akan dipaparkan di media sosial HKTB.

 ??  ?? PELBAGAI barang antik di Upper Lascar Row.
PELBAGAI barang antik di Upper Lascar Row.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia