Harian Metro

PERCUTIAN KELUARGA DALAM BANDAR

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Rubinga Heritage tawar aktiviti menarik untuk luang masa

berkualiti

Melihat si kecil tertawa riang saat bermain bersama arnab yang comel cukup mententera­mkan jiwa.

Gelagat mencuit hati dek geli saat berjaya menangkap dan memegang arnab berbulu lembut serta teruja menunggang kuda yang gagah bukan saja menggembir­akan si kecil malah ibu dan bapa juga. Walau hanya sejam dua, ia

nyata masa yang sangat berkualiti buat seisi keluarga yang terpisah sejak pagi dengan aktiviti masing-masing.

Terletak di Jalan Hj Kaharudin, Kampung Changkat Damai, Gombak, Rubinga Heritage adalah lokasi riadah yang menarik buat pengunjung menghabisk­an masa berkualiti bersama keluarga.

Diusahakan sejak 2008 dan mula dikomersia­lkan pada 2016, Rubinga Heritage menawarkan aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.

Eksekutif Pemasarann­ya Nurazah Fathirah Kamarulzam­an, berkata Rubinga Heritage dibuka kepada kunjungan orang ramai bagi mempromosi­kan sunah berkuda.

“Selain itu, Rubinga Heritage ini juga diwujudkan bagi merakyatka­n sukan berkuda

yang sememangny­a cukup digemari ramai tetapi tidak punya tempat untuk mencubanya.

“Di samping itu,

Rubinga Heritage juga ingin memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa sukan berkuda ini bukan hanya untuk orang kaya tetapi semua golongan tidak kira umur boleh melakukan aktiviti ini,” katanya.

Bagi yang ingin menunggang kuda, bayaran RM3 untuk kanak-kanak dan RM5 untuk dewasa dengan dua kali pusingan dikenakan.

Bagaimanap­un, jika ingin lebih pusingan, pengunjung boleh memberitah­u penjaga kuda dan akan ada bayaran tambahan dikenakan.

Selain menunggang kuda, pengunjung boleh mengenali dengan lebih dekat haiwan yang pantas berlari ini menerusi kursus pengurusan dan

pengendali­an kuda. Dengan kursus ini, pengunjung boleh mendalami ilmu pengendali­an kuda termasuk cara penjagaan, merawat, memproses makanan dan banyak lagi yang sememangny­a cukup mengujakan.

Kelas menunggang kuda juga turut disediakan buat kanak-kanak dan orang dewasa.

Aktiviti lain iaitu bermain dengan arnab di taman arnab juga nyata tidak mengecewak­an. Dengan kira-kira 70 ekor arnab, pengunjung pastinya tidak keruan dibuatnya.

Hulur saja lobak merah kepada seekor arnab, akan datang tiga hingga empat ekor yang lain.

Dengan bayaran tiket RM2 dengan satu mangkuk lobak merah, menghabisk­an waktu senja yang permai di taman arnab ini nyata tidak mengecewak­an.

Aktiviti memanah tradisiona­l dengan bayaran RM5 untuk tiga anak panah dan RM15 untuk 10 anak panah juga memberikan keseronoka­n tersendiri.

Dibuka setiap hari bermula jam 4.30 petang hingga 7 malam.

Di samping itu, Rubinga Heritage juga ingin memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa sukan berkuda ini bukan hanya untuk orang kaya tetapi semua golongan tidak kira umur boleh melakukan aktiviti ini

 ??  ?? AKTIVITI memanah tradisiona­l dengan harga yang berpatutan juga disediakan.
AKTIVITI memanah tradisiona­l dengan harga yang berpatutan juga disediakan.
 ??  ?? KELAS menunggang kuda turut diadakan.
KELAS menunggang kuda turut diadakan.
 ?? FOTO: ?? MELUANGKAN masa berkualiti dengan si kecil.
FOTO: MELUANGKAN masa berkualiti dengan si kecil.
 ??  ?? SI KECIL teruja dapat mendekati dan memberi arnab
makan lobak merah.
SI KECIL teruja dapat mendekati dan memberi arnab makan lobak merah.
 ??  ?? MENUNGGANG juga antara aktiviti yang disukai pengunjung.
MENUNGGANG juga antara aktiviti yang disukai pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia