Harian Metro

JUTAWAN APLIKASI

- Nor Hanisah Kamaruzama­n gen.y@hmetro.com.my

Aplikasi Flogg ciptaan Benjamin tahun lalu raih RM8.48 juta dana

Jutawan danusahawa­n terkemuka dunia seperti

Bill Gates dan Steve Jobs membuktika­n pencapaian akademik bukanlah pengukur kejayaan individu.

Kini semakin ramai anak muda berani mencipta dan menzahirka­n idea kreatif bagi meneroka bidang keusahawan.

Mula melakar nama sejak berumur 15 tahun, siapa sangka jutawan muda ini tidak tamat persekolah­an demi mengejar minat dan impian dalam dunia teknologi serta digital.

Bagi Benjamin Pasternak, 18, fokus utamanya bukan sekadar mereka permainan dan aplikasi nombor satu di dunia tapi menyediaka­n aplikasi mesra remaja.

“Sebagai remaja, saya tahu apa yang mereka mahukan apabila menggunaka­n aplikasi. Kebanyakan aplikasi dicipta golongan dewasa menjadikan ia kurang bersesuaia­n dengan remaja seperti kami,” katanya.

Aplikasi Flogg adalah platform jual beli ringkas memudahkan pengguna memilih barangan yang dijual melalui gerakan ‘swipe’ di skrin telefon pintar.

Menariknya, aplikasi berkenaan meraih RM8.48 juta dana.

Selain itu, Benjamin juga mencipta aplikasi sembang diberi nama ’Monkey’ yang mencatatka­n ratusan ribu pengguna.

“Aplikasi ini dikhususka­n untuk remaja tanpa gangguan golongan dewasa atau ‘pervert’,” katanya.

Di sebalik pelbagai kejayaan yang dicipta, Benjamin masih merendah diri dan komited untuk mengeluark­an lebih banyak aplikasi nombor satu pada masa akan datang.

“Orang ramai teruja dengan pencapaian itu tapi pada saya, ini baru di peringkat permulaan. Belum ada yang patut dibanggaka­n lagi,” katanya.

Benjamin berpindah ke New York, Amerika Syarikat pada usia 15 tahun sendirian dan ibu bapa serta keluargany­a masih tinggal di Australia.

Segala kerja dilakukan di ruang tamu apartmenny­a yang disewa sekitar RM21,210 sebulan.

Minat dan kecenderun­gan Benjamin pada dunia teknologi dan digital dikatakan bermula sejak berumur 11 tahun.

Titik mula Benjamin adalah menghasilk­an video yang memperkena­lkan rangkaian peranti keluaran Apple sebelum mula menghasilk­an aplikasi di dalam kelas ketika waktu sekolah.

Salah satu aplikasi yang mendapat perhatian ramai dan menjadi batu loncatan bagi Benjamin adalah aplikasi permainan telefon pintar ‘Impossible Rush’ diperkenal­kan ketika berusia 15 tahun.

Aplikasi yang sudah dimuat turun jutaan kali itu menduduki tangga pertama di Australia dan mendapat tempat keempat bagi keseluruha­n aplikasi di Amerika Syarikat mengalahka­n aplikasi popular Vine serta Tinder.

Kejayaan itu membawa Benjamin ke Amerika Syarikat selepas berjaya menarik perhatian kapitalis usaha sama di negara berkenaan selain turut bertemu dengan pihak Google dan Facebook.

Menurut Benjamin, dia masih seperti remaja lain dan rindu suasana sekolah selain menonton wayang serta bersiar-siar di pusat beli-belah.

Tinggal sendirian di negara asing tanpa keluarga di sisi turut mengajarny­a menjadi lebih berdikari.

“Saya perlu cuci pinggan mangkuk sendiri dan setiap bulan akan mendapat panggilan daripada mereka yang menuntut bayaran bil. Semua ini saya tidak peduli ketika tinggal bersama keluarga dan kini perlu uruskan sendiri,” katanya.

Walaupun ibu bapanya tidak bersetuju dengan tindakan berhenti sekolah namun, dia berjaya membuktika­n langkah yang diambil membuahkan hasil.

Benjamin membawa pulang sejumlah wang yang besar bagi membuktika­n kepada ibu bapanya dia mampu berjaya walaupun tidak memiliki pelajaran tinggi.

Kini, Benjamin sudah mengupah tujuh pakar IT yang rata-rata berusia awal 20-an dan seorang ketua pegawai operasi berusia awal 30-an.

 ??  ?? ANAK muda berjiwa besar ini ingin terus mencipta pelbagai aplikasi untuk remaja.
ANAK muda berjiwa besar ini ingin terus mencipta pelbagai aplikasi untuk remaja.
 ??  ?? KREATIVITI remaja kelahiran Australia ini menarik perhatian pelbagai pihak.
KREATIVITI remaja kelahiran Australia ini menarik perhatian pelbagai pihak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia