Harian Metro

IMPIAN BERLARI DI LUAR SABAH

-

“katanya yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) Giok Tuaran, Sabah.

Guru subjek Bahasa Melayu dan Matematik ini berkata, seperti pelari lain dia juga pernah berdepan kecederaan di bahagian lutut.

Namun, baginya ia perkara biasa dan tidak sedikit pun mematahkan semangatny­a untuk terus aktif bersukan.

“Kecederaan itu berlaku ketika menjalani latihan di Gunung Kinabalu dan kesannya saya terpaksa berehat selama empat bulan sebelum kembali aktif.

“Saya anggap ia lumrah dalam bersukan cuma ia mengajar kita untuk lebih berhati-hati kerana sebarang kemungkina­n boleh berlaku apabila tanpa persediaan sebelum menyertai mana-mana kejohanan larian,” katanya.

Berkongsi pengalaman menariknya, Sapin berkata, dia pernah menyertai larian pada waktu malam dalam berkumpula­n.

Katanya, aktiviti itu agak mencabar kerana menguji kemampuan berlari dalam persekitar­an gelap.

“Ada beza berlari di tengah hutan pada waktu malam dengan siang.

“Bukan saja perlu peka pada persekitar­an tetapi penting untuk sentiasa berkomunik­asi dengan pelari lain.

“Bagaimanap­un, pengalaman itu amat berharga dan menjadi impian saya untuk menyertai lebih banyak acara termasuk di Semenanjun­g dan luar negara,” katanya yang pernah menawan puncak Gunung Kinabalu dan Renjo Pass di Nepal.

 ??  ??
 ??  ?? KETAPI rasa penat demi minat.
KETAPI rasa penat demi minat.
 ??  ?? SAPIN pernah tawan Gunung Renjo Pass di Nepal.
SAPIN pernah tawan Gunung Renjo Pass di Nepal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia