Harian Metro

Cenderahat­i sabun tawar kelainan

- DARI MUKA H53

Ketika itu, mereka perlu menjalanka­n perniagaan berkenaan bagi mencari pendapatan sampingan selepas dua bulan bergelar suami isteri.

“Kami perlu mencari pendapatan sampingan untuk menampung perbelanja­an terutama membayar yuran memandangk­an masingmasi­ng masih belajar.

“Oleh itu, kami tercaricar­i jenis perniagaan yang tidak memerlukan modal besar tetapi boleh memberi pulangan. Kami memilih membuat perniagaan kad kahwin menggunaka­n label, Kadstailo.

“Kami menggunaka­n kad kahwin sendiri untuk memberi contoh kepada pelanggan. Kad kahwin kami itu pun saya reka sendiri,” kata Hadi.

Jelasnya, tempahan bermula dalam kalangan rakan dan tidak ketinggala­n menerusi media sosial. Ketika itu, ramai pelanggan berminat menempah kerana rekaan kad kahwin yang menonjolka­n konsep kreatif dan moden dengan harga berpatutan.

Semua kad kahwin direka sendiri dan kebetulan Hadi memang meminati kerja menghasilk­an rekaan dan grafik sekali gus memberi keyakinan kepada pasangan ini terhadap perniagaan yang diceburi.

Tempahan diterima bermula dari sekitar Lembah Klang itu akhirnya meluas hingga ke Brunei dan Singapura kerana ramai tertarik dengan rekaannya selain mudah dihantar kepada pelanggan melalui khidmat pengeposan.

“Ada satu masa, kami pulang ke kampung saya di Palembang, Indonesia kerana adik ingin bertunang. Kemudian, kami membantu adik menyiapkan pelamin untuk majlis pertunanga­nnya.

“Apabila melihat hasilnya yang menarik, isteri memberi idea untuk menambah produk dalam perniagaan dengan menawarkan perkhidmat­an membuat pelamin menggunaka­n label, Capredoca.

“Kemudian, kami cuba promosi khidmat baru itu kepada pelanggan menggunaka­n gambar pelamin mini adik. Ketika itu, kami banyak menggunaka­n kayu palet dan mengekalka­n konsep Inggeris yang digabung bersama rona putih atau pastel,” katanya.

Jelasnya, tidak disangka dalam tempoh dua minggu saja ada pelanggan yang berminat dengan konsep pelamin mini berkenaan dan perkhidmat­an berkenaan diteruskan hingga ke hari ini.

Selepas tamat pengajian, Yasmin Syazwani masih meneruskan perniagaan mereka secara sepenuh

Produk dihasilkan merangkumi ciri seperti memiliki bau, warna dan bentuk

masa bagi membantu suaminya yang kini menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah.

Kini pasangan suami isteri ini giat berusaha mempromosi produk barunya berbentuk cenderahat­i menggunaka­n label, Soap.histicated.

Idea untuk menghasilk­an cenderahat­i berbentuk sabun buatan tangan bercetak tercetus selepas ibu Yasmin Syazwani menghadiri kelas membuat sabun kosmetik.

“Idea untuk membuat cenderahat­i memang sudah lama tapi masih memikirkan produk yang terbaik. Kami memang elakkan cenderahat­i berbentuk makanan kerana ada sesetengah­nya yang tidak boleh disimpan lama.

“Akhirnya, idea membuat sabun tercetus dan kami cuba cari kelainan dengan menghasilk­an produk yang lebih unik serta tahan lama.

“Sabun yang kami hasilkan merangkumi ciri seperti memiliki bau, warna dan bentuk. Kebiasaann­ya, kami akan menanam pelekat bertulis yang boleh ditanggalk­an ke dalam sabun,” katanya.

Jelasnya, disebabkan masih baru, rekaan yang ditampilka­n agak terhad. Pilihan warna yang ditampilka­n adalah rona pastel atau lembut dan hitam bagi mengekalka­n konsep Inggeris.

Namun, jika pelanggan mahukan warna lebih terang juga boleh disediakan. Bentuk sabun yang ditawarkan adalah hati, segi empat tepat, bulat atau bujur manakala pelekat yang digunakan akan diletakkan dengan tulisan seperti nama, tarikh, ucapan dan tanda terima kasih.

Sabun cenderahat­i itu ada boleh dijadikan sebagai buah tangan kepada tetamu di majlis perkahwina­n, pertunanga­n mahupun menghargai pelanggan.

“Semua sabun yang dihasilkan akan ada dua lapisan warna berbeza iaitu legap dan lut sinar. Sabun boleh disimpan hingga enam bulan jika mahu dijadikan sebagai kenangan atau boleh terus digunakan.

“Ini adalah salah satu usaha untuk memperbaha­rui cenderahat­i berbentuk sabun yang pernah popular pada satu masa dulu. Bezanya, kali ini ia lebih unik dan moden,” katanya.

 ?? FOTO ?? HADI dan Yasmin Syazwani bergabung idea serta usaha mengembang­kan jenama.
FOTO HADI dan Yasmin Syazwani bergabung idea serta usaha mengembang­kan jenama.
 ??  ?? ANTARA hasil idea kreatif pasangan suami isteri itu menghasilk­an cenderahat­i sabun.
ANTARA hasil idea kreatif pasangan suami isteri itu menghasilk­an cenderahat­i sabun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia