Harian Metro

Program berdasarka­n semangat kerjasama

-

Kumpulan VBA-EPF 11 turut lawat Sekolah

Dalam Hospital di PPUM

mengakibat­kan kerencatan akal dan palsi serebrum.

“Selain itu, pihak

PPUM juga memaklumka­n keperluan lain seperti Peripheral­ly Inserted

Central Catheter (PICC), sejenis alat yang berfungsi sebagai ‘port’ kemoterapi bagi pesakit kanser. PICC ini disumbangk­an kepada pesakit kanser kanak-kanak yang kurang berkemampu­an selepas menjalani proses saringan unit kebajikan PPUM.

“Selain mesin fototerapi Bili dan PICC, PPUM juga mengalu-alukan sumbangan seperti kerusi penjaga yang boleh dilaraskan menjadi katil. Keselesaan penjaga amat dititikber­atkan disebabkan sokongan mereka dan keluarga sepanjang pesakit berada di hospital amat diperlukan dalam memberi semangat kepada pesakit untuk kembali pulih dan sihat,” katanya.

Menurutnya, aspek pendidikan juga tidak dilupakan, apabila Kumpulan VBA-EPF 11 turut melawat Sekolah Dalam Hospital (SDH) yang mula dibuka sejak 2013 di PPUM. Antara keperluan utama adalah buku rujukan baru selaras dengan perubahan silibus yang terkini.

Selain itu, Kumpulan VBA-EPF 11 diberikan peluang menziarahi pesakit di wad pediatrik PPUM bersama jemputan khas kumpulan adiwira dari The Ultimate Cosplayers bagi menceriaka­n suasana.

Cenderahat­i keperluan pesakit turut diberikan semasa lawatan selain sesi ramah mesra bersama maskot untuk menceriaka­n pesakit kanak-kanak dan petugas PPUM.

“Kami berbesar hati dan berterima kasih terhadap semua penyumbang dana dan Kumpulan VBA-EPF 11 kerana menjayakan program ini sekali gus memberikan impak yang sangat besar dan membawa perubahan baru budaya bagi warga KWSP dalam menerapkan nilai murni bersama mereka yang memerlukan,” katanya. -Yusliza Yakimir Abd Talib

 ??  ?? PAKAR Perunding PPUM Dr Ng Ruey Terng (kiri) memberi penerangan kepada wakil VBA-EPF11 Timbalan Pengurus Bahagian Dana Ekuiti Seksyen Domestik KWSP Mohammad Farhan Shazne Zaine (kanan) ketika penyerahan mesin fototerapi Bili.
PAKAR Perunding PPUM Dr Ng Ruey Terng (kiri) memberi penerangan kepada wakil VBA-EPF11 Timbalan Pengurus Bahagian Dana Ekuiti Seksyen Domestik KWSP Mohammad Farhan Shazne Zaine (kanan) ketika penyerahan mesin fototerapi Bili.
 ??  ?? KUMPULAN superhero The Ultimate Cosplayers
bersama pesakit di wad kanak-kanak PPUM.
KUMPULAN superhero The Ultimate Cosplayers bersama pesakit di wad kanak-kanak PPUM.
 ??  ?? MASKOT adiwira melawat dan menceriaka­n pesakit kanak-kanak.
MASKOT adiwira melawat dan menceriaka­n pesakit kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia