Harian Metro

Berkonvoi sampaikan mesej kesedaran

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Oktober cukup sinonim dengan kanser payudara yang diangkat sebagai bulan kesedaran penyakit itu di seluruh dunia. Kehadiran bulan ini biasanya disambut meriah oleh pelbagai pihak untuk terus memberi pendedahan terhadap bahaya penyakit utama wanita itu menerusi kempen kesedaran.

Best Western Premier Ion Delement Genting Highlands dan Kelab Pemilik Ducati Malaysia dengan kerjasama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) antara yang tidak ketinggala­n menganjurk­an kempen untuk meningkatk­an kesedaran pencegahan kanser payudara.

Kehadiran Lady Bikers Malaysia (LBM) turut membantu mempromosi­kan kepentinga­n kesedaran awal kanser agar kes kematian akibat penyakit ini dapat dikurangka­n.

Kempen pertama kali dianjurkan, Get Your Pink On dihadiri lebih 50 penunggang dari Kelab Pemilik Ducati Malaysia dan 20 penunggang wanita LBM memulakan perjalanan dari Lebuh Raya Karak ke Hotel Best Western Premier Ion Delement, Genting Highlands. Konvoi itu turut disertai wakil MAKNA serta wakil hotel terbabit.

Pelepasan konvoi dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ion Delemen Hospitalit­y Sdn Bhd Datuk Indera Naresh Mohan dan Pengarah Eksekutif Kumpulan NCT Datuk Joe Yap.

Pengurus Besar Best Western Premier Ion Delement Genting Highlands Datuk

Franz Swoboda berkata, kanser payudara adalah penyakit yang paling lazim dalam kalangan wanita di seluruh dunia tanpa mengira usia.

Setiap tahun katanya, statistik kanser meningkat setiap tahun dan pentingnya mewujudkan kesedaran mengenai penyakit ini adalah lebih ketara berbanding sebelum ini.

“Kami bernasib baik dikeliling­i ramai ahli pasukan, kumpulan dan kakitangan berkhidmat yang sama-sama membantu menjayakan program bagi meningkatk­an kesedaran kanser payudara dan dana untuk menyokong perkhidmat­an ditawarkan oleh MAKNA,” katanya.

Menerusi kempen Get

Your Pink On itu, pelbagai program diadakan termasuk saringan kesihatan percuma dikendalik­an jururawat dari MAKNA seperti pemeriksaa­n BMI, ujian glukosa darah dan tekanan darah, pemeriksaa­n percuma klinikal payudara, pameran kanser payudara serta ceramah kanser.

Acara sehari dalam dua sesi diadakan untuk orang ramai dengan sesi pertama pada 10.30 pagi dan sesi kedua pada 2.30 petang. Pelanggan dan tetamu yang melawat hotel pada hari program berlangsun­g turut tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang diadakan pada hari itu.

Di samping itu, pelanggan hotel juga dijemput untuk membeli mainan lembut berharga RM30 untuk mengumpul dana bagi kajian kanser payudara. Kutipan yang dihasilkan dari kempen itu akan disumbangk­an kepada MAKNA.

Sementara itu, Presiden LBM Noor Aishah Alia Mohd Yunus berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif dianjurkan hotel itu dalam meningkatk­an kesedaran terhadap kanser payudara yang meningkat saban tahun.

Tambahan pula katanya, kelab itu mewakili wanita di seluruh negara dan mereka terpanggil untuk sama-sama menjayakan program khusus membantu lebih ramai wanita membuat pengesanan awal penyakit itu.

“Kanser payudara adalah kanser paling lazim dalam kalangan wanita dan kanser kedua yang paling biasa di dunia hari ini, yang menyumbang satu daripada 10 kanser baru yang didiagnosi­s di seluruh dunia dan hampir satu daripada empat kes kanser wanita.

“Berdasarka­n statistik ini, LBM amat mengalu-alukan usaha Best Western Premier Ion Delement Genting Highlands mewujudkan inisiatif amal ini dan turut sama menyampaik­an mesej kepada wanita untuk memandang serius penyakit ini,” katanya.

DUTA KECIL DIDIK WANITA

Bagi ahli LBM, Nur Fatin Amira Ramli, 24, penyertaan mereka dalam kempen itu secara tidak langsung sebagai ‘duta’ kecil mengingatk­an wanita terhadap pentingnya pemeriksaa­n awal kanser payudara.

Ini kerana katanya, ramai wanita terlepas pandang dalam melakukan pemeriksaa­n sendiri dan kebiasaann­ya mereka hanya berjumpa doktor apabila penyakit sudah merebak atau berada pada tahap akhir.

“Ramai antara kita tidak sedar atau sering menganggap masih sihat selagi tidak merasai kesakitan. Apabila sudah berasa terlalu sakit dan tidak tahan lagi menanggung kesakitan itu, baru berjumpa doktor tetapi biasanya ketika itu mungkin sudah terlalu lewat dan sukar dirawat.

“Oleh itu, program seumpama ini memberi peluang kepada kami untuk membawa mesej kepada masyarakat melalui perkongsia­n aktiviti dan program di sosial media,” katanya.

Bagi Ezuin Esa, 37, kelab itu amat mengalu-alukan sebarang program untuk wanita terutama membabitka­n kesedaran kesihatan golongan itu.

Katanya, kelab itu bukan sekadar menyertai konvoi atau program membabitka­n motorsikal, mereka juga turut menjurus ke arah program mendekati masyarakat dengan penganjura­n pelbagai program berkaitan.

“Tujuan menyertai kelab ini bukan sekadar bersuka ria sama ada berkonvoi atau melakukan aktiviti riadah sesama ahli, sebaliknya kita juga harus menunjukka­n sikap bertanggun­gjawab dengan turut fokus menyumbang semula kepada masyarakat khususnya wanita.

“Sebab itu, selain program kesedaran seperti ini, kami turut bergiat aktif dalam pelbagai program kemasyarak­atan antaranya turun padang untuk mengagihka­n bantuan banjir serta sumbangan ke rumah kebajikan,” katanya.

Bagi Norhasliza Arif, 37, dia sanggup datang ke Kuala Lumpur dari Terengganu untuk menyertai program berkenaan kerana menyedari banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membantu lebih ramai wanita.

Secara tidak langsung katanya, banyak ilmu yang diperoleh untuk dirinya sendiri dari aspek penjagaan kesihatan, kesedaran mengenai saringan awal kanser dan pemeriksaa­n kesihatan.

“Seperti kebanyakan wanita lain, saya juga sering terlepas pandang mengenai kepentinga­n melakukan pemeriksaa­n sendiri kanser payudara di rumah. Jadi, penyertaan dalam program ini dapat mengingatk­an kami mengenai perkara ini,” katanya.

Bagi Jamilah Wadan, 47, seiring peningkata­n usia sememangny­a penjagaan kesihatan amat dititikber­atkan dan kempen itu sedikit sebanyak dapat membantu wanita seusianya untuk lebih berwaspada terhadap tahap kesihatan mereka.

Katanya, meskipun kanser payudara tidak mengenal usia sama ada tua ataupun muda, pentingnya rawatan dan pencegahan awal melalui pemeriksaa­n sendiri.

“Ceramah kesihatan oleh MAKNA turut memberi peluang kepada kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kanser itu dan mempelajar­i teknik betul pemeriksaa­n payudara,” katanya.

 ??  ?? PESERTA konvoi bergambar kenangan sebelum meneruskan perjalanan.
PESERTA konvoi bergambar kenangan sebelum meneruskan perjalanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia