Harian Metro

Penafian diri musuh utama

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Penafian diri dan perasaan takut kepada diagnosis positif adalah dua sebab lazim mengapa wanita gagal melakukan pemeriksaa­n sendiri payudara bagi mengesan tanda awal kanser payudara seperti ketulan, benjolan, permukaan kulit yang kasar, sakit puting atau payudara.

Menurut jenama krim mandian, Shokubutsu, pemeriksaa­n sendiri payudara ketika mandi adalah cara paling utama dan mudah dilakukan oleh setiap wanita demi kepentinga­n masa depan mereka.

Menegaskan kepentinga­n mesej ini, Shokubutsu melancarka­n Kempen Shokubutsu Be My Reason (Pink Ribbon) bertujuan melahir dan meningkatk­an lebih kesedaran mengenai kepentinga­n pemeriksaa­n sendiri payudara serta bagaimana pengesanan awal boleh mengelakka­n tekanan, trauma serta kejadian yang tidak diingini.

Pengurus Pemasaran Produk Penjagaan Diri Southern Lion Jackie Low berkata, kempen itu turut memperkasa­kan kuasa yang dimiliki wanita bagi menjaga kesihatan mereka.

Katanya, Shokubutsu menggalakk­an wanita meletakkan keluarga dan insan tersayang sebagai sebab utama mereka perlu menjalanka­n pemeriksaa­n sendiri payudara ketika mandi setiap hari kerana penyakit itu bukan sahaja menjejaska­n kehidupan dan kebahagiaa­n pesakit, malah ia juga secara tidak langsung memberikan kesan negatif kepada yang tersayang.

“Ia perkara yang mudah, anda mampu menyelamat­kan nyawa serta meningkatk­an kadar kelangsung­an hidup sekiranya didiagnosi­s dengan keputusan positif secara melakukan pemeriksaa­n sendiri payudara setiap kali ketika mandi.

“Kami mendapati ramai wanita sedar akan kepentinga­n pemeriksaa­n payudara sendiri, namun masih ramai yang gagal menjadikan­nya sebagai rutin disebabkan penafian diri dan perasaan takut sekiranya ia positif,” katanya.

Menurutnya, sebagai jenama yang mengutamak­an kepentinga­n penggunany­a, Shokubutsu menggalakk­an wanita di Malaysia untuk menjalanka­n pemeriksaa­n sendiri payudara ketika mandi kerana ia cara dan waktu terbaik untuk melakukann­ya.

Selain membolehka­n pengesanan tanda awal kanser, pemeriksaa­n sendiri payudara juga membantu wanita untuk berdepan dan menangani perasaan takut, lalu berikhtiar menjaga kesihatan diri sendiri demi orang tersayang.

“Mereka ini adalah orang yang tersayang buat anda dan anda adalah peneraju kekuatan buat mereka. Cara terbaik untuk membalas kasih sayang mereka adalah dengan menjalanka­n pemeriksaa­n sendiri payudara setiap kali di kamar mandi,” katanya.

Kempen ini adalah kesinambun­gan dari inisiatif Ikrar untuk Pemeriksaa­n Sendiri Ketika Mandi Shokubutsu yang dilancarka­n pada 2015 dan jenama itu berhasrat untuk mengembang­kan kesedaran mengenai kanser pembunuh utama dalam kalangan wanita di Malaysia sekali gus menjadi jenama cecair sabun badan pertama yang mementingk­an konsep pemeriksaa­n sendiri payudara ketika mandi.

Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Dr Saunthari Somasundar­am berkata, pemeriksaa­n sendiri payudara bukanlah hanya untuk mengesan ketulan atau abnormalit­i.

“Apabila seseorang menjalanka­n pemeriksaa­n sendiri payudara, mereka akan dapat membiasaka­n diri dengan rupa bentuk dan struktur payudara supaya peka dengan sebarang perubahan seawal mungkin agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

“Jika anda seorang yang pelupa dalam melakukan pemeriksaa­n payudara, lakukanlah ketika anda sedang mandi kerana, sesetengah wanita berasakan pemeriksaa­n lebih senang dilakukan ketika kulit mereka basah dan licin,” katanya.

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Shokubutsu akan menyumbang­kan 10 sen kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia daripada jualan rangkaian cecair mandian Shokubutsu Fresh Shower Foam, Shokubutsu World Famous Bathing Series dan Shokubutsu Active Guard Anti-Bacterial Body Wash.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Shokubutsu Be My Reason, layari www.facebook.com/ Shokubutsu­Malaysia.

 ??  ?? PEMERIKSAA­N payudara ketika mandi membolehka­n wanita peka sebarang perubahan seawal mungkin. PEMERIKSAA­N payudara sendiri bermula dengan angkat, luncur dan rasa .
PEMERIKSAA­N payudara ketika mandi membolehka­n wanita peka sebarang perubahan seawal mungkin. PEMERIKSAA­N payudara sendiri bermula dengan angkat, luncur dan rasa .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia