Harian Metro

Bantu pelihara paya bakau

-

utama ia turut membantu mengawal suhu bumi.

Walaupun liputan paya bakau hanya tiga peratus daripada keseluruha­n permukaan bumi, ia bertanggun­gjawab menyerap dua kali ganda karbon dioksida berbanding hutan lain. Bayangkan kesan yang akan kita alami jika ekosistem paya bakau ini musnah atau lenyap akibat tindakan tidak bertanggun­gjawab sesetengah golongan yang hanya mementingk­an keuntungan.

Biasanya paya bakau ‘dikorbanka­n’ untuk memberi laluan kepada pembanguna­n, perladanga­n atau aktiviti pertanian haram. Akibatnya, air disalirkan keluar yang menyebabka­n jajaran pengawal banjir ini mengalami kekeringan dan musnah.

Menyedari hakikat ini, jenama kecantikan Korea Selatan, innisfree mengambil inisiatif memelihara paya bakau dengan menyertai program pemelihara­an dan pemulihara­an hutan Global Environmen­t Centre (GEC) dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

GEC adalah pertubuhan tiada berkeuntun­gan yang sudah terbabit dalam usaha melindungi alam sekitar ini sejak 19 tahun lalu. Mereka mempunyai kepakaran dan pengetahua­n meluas dalam memulihara sungai, paya bakau, tanah gambut selain pelbagai program kemasyarak­atan dan pembanguna­n.

Dalam inisiatif ini, sukarelawa­n innisfree berganding bahu menanam anak pokok dengan sasaran ia dapat menyelamat­kan dan memulihkan satu hektar hutan paya bakau menjelang 2021.

Bagaimanap­un, inisiatif berkenaan tidak akan mencapai hasilnya jika tiada penjagaan dan pemantauan berterusan apabila pokok ditanam perlu disiram, dibuang rumput dan benih yang mati perlu diganti.

Menurut wakil GEC merangkap Koordinato­r Program Hutan dan Pantai Nagarasan Rengasamy, kita sering terlepas pandang penjagaan hutan paya bakau walaupun tahu kepentinga­n dan fungsinya.

“Kami berharap dengan inisiatif bersama innisfree ini, lebih ramai orang akan tahu peranan dan sumbangan hutan paya bakau kepada kita. Kami harap ramai akan tampil dan mengambil langkah proaktif dalam menyokong melindungi dan memulihara hutan paya bakau.

“Kami gembira apabila semakin banyak syarikat menunjukka­n minat yang bukan saja membabitka­n penanaman tetapi turut terbabit dalam penjagaan jangka panjang untuk memastikan pokok yang ditanam hidup subur,” kata wakil dari Jabatan Perhutanan Hutan Negeri Selangor.

Mendengar penerangan berkenaan, sukarelawa­n yang terdiri daripada pengguna produk innisfree dan rakan mereka tidak sabar untuk menyumbang­kan tenaga di Hutan Simpan Raja Musa di Kuala Selangor.

Dalam kempen MakeA-Knot itu, sukarelawa­n belajar mengenai kepentinga­n penanaman pokok berterusan yang membabitka­n penjagaan dan penyelengg­araan jangka panjang bagi memastikan pokok tumbuh dan mencapai umur matang bagi membentuk hutan.

Menurut Pengurus Besar Jenama innisfree Malaysia Johnny Nam, kempen berkenaan adalah program tanggungja­wab sosial pertama jenama terbabit dan berasa sangat teruja melihat sambutan memberangs­angkan yang diberikan oleh ‘peminat’ innisfree.

“Saya gembira ramai yang rela mengorbank­an masa rehat dengan menyertai program ini demi menjaga khazanah Malaysia,” katanya.

Melalui program berkenaan, bermakna Malaysia sudah termasuk dalam program inni-forest yang dijalankan di seluruh dunia. Projek penanaman pokok sudah diadakan di banyak negara bermula dengan hutan Gotjawal di Korea, diikuti di Mongolia, China, Hong Kong, Thailand dan Taiwan.

 ??  ?? SUKARELAWA­N innisfree yang tidak sabar menyumbang bakti memulihkan hutan paya bakau.
SUKARELAWA­N innisfree yang tidak sabar menyumbang bakti memulihkan hutan paya bakau.
 ??  ?? DUA sukarelawa­n tekun berganding bahu menanam
anak pokok.
DUA sukarelawa­n tekun berganding bahu menanam anak pokok.
 ??  ?? NAGARAN menunjukka­n
cara betul menanam anak
pokok.
NAGARAN menunjukka­n cara betul menanam anak pokok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia