Harian Metro

Lirik amat menyentuh hati

-

Jagakan Dia

Shiha Zikir

Ippo Hafiz

LMA Talent House Sdn Bhd & SZ Entertainm­ent

Selepas tamat tempoh kontrak bersama pengurusan Wake The Baby, kini Shiha Zikir bergerak sendiri dan muncul dengan single terbaru berjudul Jagakan Dia.

Mempertaru­hkan melodi balada, Shiha menjadi antara penyanyi yang masih berani meletakkan balada

‘grand’ sebagai genre saat penyanyi lain mengikut arus dengan muzik ala 90-an.

Lagu ciptaan komposer Ippo Hafiz ini serasi dengan vokal Shiha yang semakin matang berbanding lagu terdahulu.

Lagu terakhirny­a, Seperti Novel Cinta dikenali namun tidak terlalu ‘meletup’ sehingga mencuri tumpuan. Apa yang pasti ada sedikit kelainan yang ditampilka­n dalam Jagakan Dia.

Dari segi susunan muzik, memang tidak dinafikan Ippo melakukan

Lagu

Jagakan Dia berdasarka­n kisah benar babitkan kenalan Shiha

kerjanya dengan sangat baik. Begitu juga dengan lirik yang sangat menyentuh hati.

Bercerita mengenai lirik Jagakan Dia, ada sesuatu yang Shiha ingin sampaikan kepada peminatnya.

“Ia berkisar cerita sebenar kenalan saya, dan cuba terjemahka­n dalam bentuk visual menerusi lagu Jagakan Dia.

“Sedikit sebanyak, saya ingin mengangkat kisah wanita yang kematian anak dan apa yang berlaku mengganggu emosi serta mentalnya,” kata Shiha.

Video muzik Jagakan Dia yang dimuat naik ke YouTube sejak 16 Oktober lalu kini sudah mencecah jumlah tontonan 200,000.

Menampilka­n pelakon Saharul Ridzwan dan dirinya sendiri sebagai teraju utama, video muzik itu juga berdasarka­n kisah sebenar.

“Saya bertemu dengan kenalan saya beberapa hari sebelum penggambar­an dimulakan.

“Kalau sebelum ini, video muzik lagu saya sekadar menunjukka­n saya menyanyika­n lagu, kali ini turut diselitkan elemen drama bagi membuatkan penonton lebih menjiwai lagu Jagakan Dia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? VIDEO muzik tampilkan
Saharul.
VIDEO muzik tampilkan Saharul.
 ??  ?? LAGU:
PENYANYI:
KOMPOSER & PENULIS LIRIK:
LABEL & EDARAN:
LAGU: PENYANYI: KOMPOSER & PENULIS LIRIK: LABEL & EDARAN:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia