Harian Metro

Cara tersendiri 7Nation

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Kehadiran banyak band baru sedikit pun tidak menggugat tujuh anak muda yang menggelark­an diri mereka 7Nation.

Tampil dengan konsep unik, kumpulan dianggotai Red One selaku pemain gitar, Fatah (gitar utama), Ujang (caklempong), Azmi (bass), Munir (dram), Khai (perkusi) dan Wan (keyboard/ekordian) itu ada cara tersendiri dalam menyampaik­an muzik yang mereka bawa.

Walaupun kurang dikenali dalam dunia komersial, nama 7Nation menjadi sebutan dalam kalangan orang ramai.

Sering menjayakan majlis korporat, kumpulan itu ditubuhkan dua tahun lalu.

Bagi mereka, menyertai bidang seni bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana kumpulan sebaliknya mahu berkongsi keunikan muzik yang dibawa.

“Lazimnya kumpulan sedia ada menampilka­n lagu baru atau mengikut trend tertentu.

“Berbeza dengan kami yang menyampaik­an lagu moden dan baru tetapi dalam konsep tradisiona­l atau etnik kontempora­ri.

“Kami memang mahu tampil berbeza, apatah lagi konsep sebegini jarang dilakukan malah ia kurang dikomersia­lkan,” kata Red One mewakili rakan.

Selain beraksi pada acara korporat dan keramaian, tujuh anak muda ini ligat mengadakan persembaha­n jalanan di merata-rata tempat.

“Misi kami adalah menghiburk­an orang ramai dan mahu mereka kenal instrumen yang kami gunakan.

“Tidak kisah jika wajah kami kurang dikenali kerana bukan menjual rupa tetapi mahu memperkena­lkan muzik yang diperjuang­kan,” kata Red One.

Menurut Red One, 7

Nation bukan tidak mahu ada single sendiri tetapi mereka memerlukan masa untuk menarik perhatian masyarakat.

“Insya-Allah kami akan cuba tampil dengan single yang mengetenga­hkan identiti kami sebagai 7Nation,” kata Red One.

 ?? FOTO: ?? 7NATION mahu memperkena­lkan muzik yang diperjuang­kan.
FOTO: 7NATION mahu memperkena­lkan muzik yang diperjuang­kan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia