Harian Metro

Buktikan diri sebagai penghibur

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Kemunculan Amelina dalam program Malam Gegar Dangdut amat dinantikan

Sudah namanya ratu dangdut, kemunculan­nya pasti dinanti-nantikan peminat. Apatah lagi kelibatnya amat dirindui selepas 15 tahun menyepi.

Inilah yang disaksikan menerusi kemunculan Amelina dalam program Malam Gegar Dangdut yang berlangsun­g di sebuah hotel di Shah Alam, baru-baru ini.

Biarpun diletakkan di hujung program sebagai umpan, aura penyanyi berusia 43 tahun yang popular menerusi lagu Rindu membuatkan penonton yang hadir tidak berganjak dari tempat duduk sehingga ke akhir acara.

Bukan saja sebagai penyanyi malah

Amelina membuktika­n dirinya juga seorang penghibur apabila mahir berkomunik­asi dan bijak mengusik peminat.

Biarpun mengalami ‘insiden kecil’ tumit kasutnya patah ketika menyanyika­n lagu pertama, Amelina tetap selamba dan lincah bergerak dari meja ke meja untuk beramah mesra dengan peminat.

“Saya gembira dan terharu dengan sambutan yang diberikan dalam persembaha­n ini. Peminat nampaknya ‘sporting’ dan terhibur dengan apa yang disajikan.

“Alhamdulil­lah, popular antaranya Kopi Dangdut, Cubit-Cubitan Senggol-Senggolan serta Goyang Dumang.

Peminat turut menyaksika­n Rizal (Gali Lobang Tutup Lobang), Nas (Yang SedangSeda­ng Saja, Cek Mek Molek dan Poco-Poco) serta Maya (Penasaran dan Perawan Atau Janda).

Program anjuran Pusat Kecantikan

Nur Ain Ali dengan kerjasama V Asia dan Nano Beauty Skincare ini menampilka­n penyampai radio Klasik FM, Shila Baharudin sebagai pengacara.

Wakil penganjur Mimie Mohd Yunus berkata, program ini diadakan untuk mengangkat irama dangdut serta membuktika­n genre itu masih digemari dan menjadi pilihan peminat.

“Ini sebenarnya eksperimen kami untuk mengetenga­hkan artis genre yang berbeza untuk menyanyika­n lagu dangdut dan nampaknya mereka berjaya menyahut cabaran ini.

“Amelina pula berjaya membuktika­n keunggulan­nya sebagai ratu dangdut apabila ramai terhibur menyaksika­n persembaha­nnya,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya pernah menganjurk­an program retro nite dan irama 60-an dan semuanya mendapat sambutan menggalakk­an daripada peminat.

 ??  ?? Saya gembira dan terharu dengan sambutan yang diberikan dalam persembaha­n ini. Peminat nampaknya ‘sporting’ dan terhibur dengan apa yang disajikan AMELINA beraksi bersama peminatnya di Malam Gegar Dangdut baru-baru ini.
Saya gembira dan terharu dengan sambutan yang diberikan dalam persembaha­n ini. Peminat nampaknya ‘sporting’ dan terhibur dengan apa yang disajikan AMELINA beraksi bersama peminatnya di Malam Gegar Dangdut baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia