Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV2, 9.30 malam SWADES TV9, 8.32 malam MAT RUKUN Astro Prima , 7 malam Dolce Amor TV9, 4.30 petang KU CINTA KAU SEORANG

Filem ini memaparkan kontra antara dunia

Nasa yang begitu maju apabila menjangkau puncak angkasa dengan daerah mundur di India dan masih jauh daripada pembanguna­n.

Perjalanan Mohan mencari wanita yang menyuapkan makanan ke mulutnya ketika dia kecil menjadi sebuah pengembara­an menemukann­ya dengan dunia sebenar yang ingin dipanggil ‘rumah’.

Mohan yang serba ke depan di Amerika Syarikat kini berdepan dengan segala makna kemunduran sebaik saja menjejakka­n kaki ke Charanpur, sebuah kampung di pedalaman India. Namun, di situlah dia mengenal erti kasih sayang, persahabat­an, keperitan hidup akibat kemiskinan dan fahaman cetek masyarakat luar bandar terhadap kepentinga­n pendidikan.

Bukan menjadikan dirinya sebagai contoh, sebaliknya

Mohan bersama Gita, yang menyedari pendidikan adalah kunci pembanguna­n, menentang arus untuk membuka mata masyarakat setempat mengenai kepentinga­n pelajaran bagi anak kecil bagi merubah kehidupan mereka.

Pelakon: Shah Rukh Khan, Gayatri Joshi, Kishori Ballal, Master Smit Sheth, Lekh

Tandon, Rajesh Vivek, Dayashanke­r Pandey dan Farrukh Jaffar. Roslan dan Khatijah mempunyai seorang anak tunggal bernama Mamat yang suka menghabisk­an masa dengan melakukan perkara tidak berfaedah bersama rakannya. Kerana buntu, Roslan dan Khatijah mendapatka­n pandangan daripada kawan mereka. Mereka bimbang akan masa depan Mamat.

Pelakon: Zoey Rahman, Elisha Sandha, Fazlina Ahmad Daud, Illya Buang, Marisa Yasmin, Ropie, Syed Ali dan Chik Pak Man Telo Tenten mengambil keputusan memberitah­u Angel yang dia dan Serena sebenarnya saling mengenali. Dia berbuat demikian kerana tidak mahu Angel bersangka buruk mengenai dirinya.

Pelakon: Liza Soberano, Enrique Gil, Matteo Guidicelli, Cherie Gil dan Sunshine Cruz. Ketika Helmi dan Batrisya mula berbaik, Helmi dikejutkan dengan permergian neneknya. Helmi rasa kehilangan dan sering menyendiri. Sementara itu Batriysa pula mula berubah sikap dan menjadi lebih lemah lembut.

Pelakon: Remy Ishak, Amyra Rosli, Ruminah Sidek dan Hafizuddin.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia