Harian Metro

Mahu layanan gred A sejak jadi kaya

-

Apalah nak jadi dengan seorang selebiriti ini. Semakin lama, semakin riyak pula dia dengan kemewahan yang dimiliki.

Memang diakui dia mampu hidup kaya raya hasil kerja keras sebagai anak seni tetapi kalau nak bercakap pasal kemewahan rasanya ramai lagi artis yang lebih hebat daripadany­a.

Namun, mereka tak pula bongkak atau meninggi diri dengan kekayaan yang dimiliki sebaliknya kekal merendah diri malah ada bermurah hati membantu golongan yang memerlukan.

Menurut satu sumber, sejak jadi orang kaya, selebriti ini bukan saja mahu dirinya dilayan seperti artis gred A malah cerewet dalam banyak perkara sehingga menyusahka­n orang sekeliling.

Pendek kata, dia suka buat orang seperti hambanya dengan menyuruh itu ini walaupun individu terbabit sebenarnya pemilik acara. Wah... itu kurang ajar namanya.

Bukankah sebagai ‘tetamu’, kita sepatutnya menghormat­i ‘tuan rumah’? Itu baru satu cerita, belum campur lagi kisah panas lain yang boleh membuatkan telinga sesiapa saja yang mendengar terasa kebas.

Cerita sumber lagi, selebriti ini suka bercakap besar malah katanya kalau tak ada tawaran pun dia tidak kisah kerana duit dalam bank sudah berkepuk-kepuk. Baguslah kalau begitu. Setidak-tidaknya berilah peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan kerja.

SS: Hormat dengan anak seni yang berhemah tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia