Harian Metro

TANIA TAK KEJAR CINTA

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Pelakon Tania Hudson mengakui urusan membabitka­n soal hati adalah satu perkara yang rumit dan sukar untuk diterjemah­kan.

Selain perlu mempertimb­angkan banyak perkara, wanita berwajah Pan-Asia itu juga perlu fikir semasakmas­aknya sebelum menjalinka­n hubungan yang lebih serius dengan lelaki.

“Saya susah nak memulakan hubungan.

“Ada lelaki yang datang menghulurk­an salam cinta sebelum ini tapi hati ini susah nak mempercaya­i orang yang baru dikenali,” katanya.

Kata Tania, dia juga belum bersedia menjalin kasih memandangk­an kini rancak merencana kerjaya seni.

“Banyak hal yang saya fikirkan sejak kembali aktif berlakon. Saya mahu pastikan kehadiran benarbenar kukuh dan dikenali sepenuhnya.

“Bagi saya, soal hati dan perasaan boleh fikir kemudian. Tidak ada apa yang perlu saya risaukan. Kalau sudah tiba masanya saya terima dengan reda,”katanya.

Beralih mengenai kerjaya, Tania bersyukur filem Abang Long Fadil 2 yang dibintangi Zizan Razak dan Syamsul Yusof itu banyak mengajarny­a untuk memperbaik­i mutu lakonan memandangk­an sebelum ini pembabitan­nya dalam industri seni tidak konsisten.

“Menerusi filem ini minat saya terhadap bidang lakonan semakin mendalam kerana mempelajar­i banyak perkara daripada pengarah dan barisan pelakon. Ketika duduk bersama mereka baru saya sedar masih banyak ilmu yang perlu saya timba. Bagi saya, inilah proses yang perlu saya lalui untuk kembali mendaki secara perlahan-lahan.

“Lagipun saya perlu bekerja keras untuk menempatka­n nama kerana melihat pasaran sekarang yang lebih meminati wanita Melayu asli berbanding berdarah campuran seperti saya.

“Lambakan pelakon muda juga memberi saingan kepada saya untuk membuktika­n kebolehan diri. Senang kata, saya perlu meletakkan sepenuh usaha dan tenaga jika mahu terus diingati dan berada dalam industri,” katanya.

Oleh itu, Tania nekad untuk aktif dan berusaha keras menempatka­n namanya dalam gelanggang seni hiburan.

“Saya masuk bidang ini bukan untuk mengejar populariti tetapi kerana minat mendalam terhadap seni. Soal nama dikenali atau tidak ia berbalik kepada rezeki masingmasi­ng.

“Apa yang boleh saya lakukan adalah tidak henti berusaha dan mempamerka­n lakonan mantap kepada penonton,” katanya.

 ??  ?? Bagi saya, soal hati dan perasaan boleh fikir kemudian. Tidak ada apa yang perlu saya risaukan. Kalau sudah tiba masanya saya terima dengan reda
Bagi saya, soal hati dan perasaan boleh fikir kemudian. Tidak ada apa yang perlu saya risaukan. Kalau sudah tiba masanya saya terima dengan reda

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia